TIPS MEMILIH KUALI

Salam

Anda mahu berjimat dengan membeli kuali murahan, tetapi semuanya tidak tahan lama, dan anda terpaksa membeli kuali baru setiap tahun. Adakah ia berbaloi berbanding membeli satu kuali berkualiti terbaik yang tahan untuk bertahun-tahun, malah juga menyenangkan kerja memasak anda.

Pertamanya, pilih kuali yang berkualiti tinggi dengan permukaan tidak melekat – ia mudah dibersihkan dan dapat mengurangkan kadar lemak. Beli kuali seperti ini dalam beberapa saiz – untuk masakan sekeluarga dan untuk hidangan seorang. Memasak kuantiti sedikit di dalam kuali yang besar menyebabkan airnya merebak nipis, membuatkan makanan cepat kering.

Kedalaman kuali juga penting. Untuk membuat makanan leper seperti telur dadar dan pancake, pilih kuali yang rendah bahagian tepinya. Jika ingin membuat masakan yang bersos dan berkuah, gunakan kuali yang lebih dalam, atau kuali menggoreng.

Apapun saiz dan bentuk kuali yang dipilih, ia harus mempunyai asas yang terbaik dan berkualiti. Memilih kuali tidak melekat adalah paling berbaloi. Kuali menggoreng tahan karat memberi rupa yang menarik, namun ia tidak dapat mengawal haba dengan baik. Anda harus memberi perhatian semasa memasak supaya makanan tidak melekat atau hangus.

Kuali besi amat berbaloi untuk dibeli. Ia memanas dengan perlahan, tetapi suhunya sekata setelah panas dan dapat mengawal haba dengan baik. Jika gemar menggoreng kering, inilah kuali yang sesuai. Kuali besi yang besar adalah sangat berat.
Rujukan TryMasak

***********

KUALI OH KUALI

Kuali Mommy memang jenis tak melekat (non-stick pan). Teringin yang amat tengok Chefline kat Go Shop tu. Sebab apa? Walaupun kuali Mommy tu jenis tak melekat, Mommy tak konfiden guna apa2 material besi. Segala yang besi (senduk, sudu) tidak dibenarkan digunakan ketika memasak menggunakan kuali non stick Mommy tu. Tapi, yang chefline tu. Ish Ish..

Petua yang Mommy biasa dengar kalau guna kuali biasa, boleh tabur garam sedikit ketika minyak sudah panas.

Kalau guna asam keping gelugor pun boleh.

Tak ada asam keping? Leh goreng asam jawa sampai garing. Pastu keluarkan, tambah minyak dan gorenglah ikan/ayam tu.

Tak ada semua tu? Taburkan sahaja bawang putih & goreng sampai garing juga.

Ni Mommy beli kuali warna hijau tu kat Carrefour yang masa tu dah nak tukar nama ke Aeon Big.
 
Kuali besi tu pun memang penting jugak. Tapi kadang2 kalau lupa tips elak melekat tu, sure melekat jugak lah.

Mommy x suka senduk besi. Even untuk kuali besi yang boleh guna senduk2 besi pun Mommy x benarkan siapa2 yang masak kat rumah Mommy guna. Mata sakit bila tengok calar.

So, senduk2 ikea nih memang kena beli selalu.

Harap2 post ini membantu.

Labels: , , , ,