7 AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

Assalamualaikum w.b.t
✅ Maksud REZEKI adalah:
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan mereka bagaimana nak buka tabung-tabung ini**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT:

1. Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada kat masjid!

2. Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bagi salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3. Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. merintih pada Allah apa yang kita nak.. Apa yang kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ada orang pinjam 90ribu dah bertahun-tahun tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4. Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macamm ni dengan penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5. Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6. Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7. Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!
Jangan lupa amalkan ye!

Semoga bermanfaat untuk semua..

Wassalam.
SUMBER PERKONGSIAN

Labels: , , , ,