SUSUN ATUR PETI AIS DENGAN SUNRISE WIDE BLOCK DARI GO SHOP MALAYSIA

Salam

Dulu Mommy cuma share susun atur bahagian bawah peti ais di sini. Boleh klik sini untuk baca.


Sekarang, memandangkan Mommy dah beli SUNRISE WIDE BLOCK DARI GO SHOP, tibalah masa untuk Mommy mengemas bahagian atas peti dengan lebih teratur.

SEBELUM
Nah gambar sebelum kemas
Ada plastik2 tambahan frozen food yang MIL Mommy bawa baru2 ni. Sebenarnya tak sedar pun ada. Bila kemas ni, barulah sedar. Hii. Bekas pink tu sebenarnya Mommy isi ayam untuk sekali masak dalam setiap bekas. Itu memang rutin yang memudahkan kita memasak. So, bekas pink tu Mommy beli kat Mr DIY. Murah dan tahan lasak juga.

SELEPAS
Mommy dah isi apa yang patut dalam SUNRISE WIDE BLOCK tu. Antaranya ikan, sotong dan frozen food and veges. Bekas pink tu dikekalkan memandangkan Sunrise tak cukup untuk Mommy. Haha. Nampak trick di situ?? Oh.. Daddy.. Kamu di mana?? Haha


Yang bekas putih kecil tu ialah Beqa Cheese Block. Kenapa Mommy letak kat freezer? Sebab Mommy jarang guna. Kalau letak kat bahagian bawah, nanti berkulat pulak! Bekas cheese putih tu punyalah susah nak cari. Akhirnya, selepas hampir setahun mencari, jumpa juga di Daiso. Tak semua Daiso ada. Sigh..

Alang2 mengemas bahagian bawah, Mommy kemas sekali bahagian bawah.

Bahagian UV tu Mommy gunakan SUNRISE WIDE BLOCK untuk simpan sayur mayur dan kismis dan kekacang.

Tahu apa kesan selepas mengemas??

Peti ais anda jadi KOSONG!!

Rupa2nya, macam2 benda dah expired. Tinggal beberapa barang je lagi. Hmmm.

Apa pun, Mommy dah selesa tengok peti ais sekarang. Haha

Dah tak memasal kena pergi shopping sebab nak kasi nampak cun macam iklan Go Shop tu.


Ko ghaser???

Labels: , , , , , , , , , , , , ,