ANAK PATUNG NANA : SERU NAMA SAYA DAN SAYA AKAN DATANG [SERAM] [REVIEW]

Salam
Berita  baik buat peminat novel.
Genre seram dalam novel bukanlah suatu pilihan utama Mommy. Namun, sejak sahabat Mommy, salah seorang penulis novel ini sendiri, berkongsi cerpen pendek di status Facebook beliau, Mommy seakan-akan ketagih pula nak membaca. Sumpah ada few part apabila baca mampu meremangkan bulu roma, menyesakkan dada! Maka, ini merupakan sesuatu hasil yang bijak kerana 'cerita hantu'nya 'menjadi!!

Untuk mengetahui apa yang berlaku, peminat-peminat novel tak boleh lepaskan peluang untuk dapatkan novel bergenre seram ini!


SINOPSIS CERITA

“Seru nama saya dan saya akan datang.” / ANAK PATUNG NANA
Air mata menjadi teman hidup Nana. Dia dibenci oleh bapanya sendiri. Hidup Nana hanya dipayungi ibunya. Tiada teman untuk dirinya. Kesunyian Nana terubat dengan kehadiran sebuah anak patung. Diri Nana seperti dilindungi. Bencana pasti menimpa setiap orang yang menyakitinya. Sehingga terjadi sebuah tragedi yang menyayat hati. Siapakah sebenarnya anak patung itu?

***********
“Bumi, langit, air dan api tidak menerimanya!” / GUMANTHONG
Luqman seorang peniaga perabot terpakai. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah meja di dalam stor milik datuknya di Perlis lalu memindahkannya ke kedai. Sejak itu, satu demi satu petaka menimpa. Apakah kaitan antara meja itu dengan satu sejarah yang tercatat dalam kerajaan Ayutthaya 500 tahun dahulu? Dapatkah Luqman menyelamatkan keadaan sebelum terlambat?

***********
Apa yang kau percaya tidak semestinya betul. / NGERI

Sekumpulan rakan mengatur satu percutian. Keseronokan yang dirancang menjadi peristiwa paling hitam dalam hidup apabila salah seorang ditemui mati dalam keadaan mengerikan.
Bayangan-bayangan yang menggerunkan terus-terusan menghantui.

Maut dirasakan berlegarlegar di sekeliling. Pembunuhnya kekal misteri. Satu per satu nyawa diburunya dengan rakus. Antara pemburu dan mangsa, siapakah yang akan memenangi permainan ini?

***********
Bila salah berjanji, mata jadi galang ganti. / SOROK-SOROK
Ketakutan Remmy menjadi nyata apabila dia kehilangan sebelah mata dan hampir menemui ajal ketika bermain sorok-sorok dengan seorang budak lelaki di Jalan Kemboja.
Adakah budak lelaki itu punca kesemua kejadian yang berlaku? Kalau ya, mengapa? Dan adakah sebelah lagi mata Remmy dapat diselamatkan atau bakal dikorbankan juga?

PEMBELIAN
Untuk pembelian, ada 2 cara
Selamat membaca.

Ok baru boleh menghela nafas Mommy. Fuhhh.

Labels: , , , , , , , , ,