BLOGGER DAN PENULIS NOVEL DATANG RUMAH MOMMY

Salam

Hujung minggu yang indah. Mommy dikunjungi sahabat maya iaitu seorang penulis novel dan juga blogger iaitu kak Qaseh Su (www.letzwok.com).

Cuak juga sebab Mommy dah la tak reti memasak segala ni. Hii. Untung sebab sahabat Mommy ni tak cerewet. Kihkih.

Mommy beli mee goreng mamak dan ready air oren untuk makan petang. Hihi.


Dah sampai pun kak Qaseh. Siap teksi terlajak lagi. Mujurlah Tajul tengok kan??

Selfie dulu sebelum borak2..
 

Kak Qaseh datang nak tengok perkembangan AE ni. Respon kak Qaseh ialah AE is good boy. Hii. Risau di hati ini ada kurang sikit.. Hihi

Tetiba kan.. AE request nak makan mee juga. Dan paling bes, dia nak suap sendiri..

Kak Qaseh ada suapkan. Tengok tu. Motherly habis..

Tajul dan Hannah ada hal sendiri. Main-main sampai lebam. Kejap je dorang ni boleh close. Hihi. Masing-masing peramah.

Tajul request nak pakai roller skate Hannah tu. Memang dia pakai dari sampai sehingga nak balik. Bukan main frust dia bila ajak balik. Hihi


Apa pun, tujuan kak Qaseh datang biarlah rahsia. Ekekekeke.

Syukur Mommy jumpa sahabat maya macam ni. Rezeki Mommy.

Tq akak. Please come again.

Labels: , ,