BLOGGER HEBAT DAN BLOGGER KURANG HEBAT

Salam

Pernah terfikir perihal ini?
Dah siapa pula yang nak declare kau hebat, aku tak hebat, kau lagi hebat dan kau tak hebat mana, melainkan diri sendiri? Dah kenapa pula kau suka jadi hakim terhadap diri sendiri?
Sebenarnya perkara ini terletak pada diri masing-masing. Yakinkan diri. Lihat tujuan berblog. Tak perlu nak merendah diri sangat. Buktikan kemampuan diri sendiri.

Bukan sentiasa 'menyalahkan' orang lain dengan mengatakan orang tu lebih hebat dari kita.

Buktikan kita boleh naik sama seperti orang lain.

Siapa-siapapun bermula dari bawah.

Fokus kepada niche masing-masing. Ada sesetengah blogger cakap, tak mengapa. Tulis sahaja. Tak ada  niche pun tak mengapa. Mommy punya pendirian lain. Mommy nak sentiasa on track selepas ini. Untuk setiap entri yang Mommy tulis, perlu berkisar daripada niche yang Mommy pilih.

Berhenti merendahkan diri.

Tulis selagi boleh. Fokus.

Jadi hebat untuk diri sendiri.

Lalui keperitan sebagai permulaan sebelum berjaya.

Pasti ada yang celik mata melihat kita.

Labels: ,