FORMAT BAHARU UPSR 2016 : 6 SUBJEK

Format baharu peperiksaan pusat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula kohort pertama tahun depan diperkenalkan dengan 6 Gred dimana subjek Bahasa Inggeris akan dipecahkan kepada dua kertas iatu pemahaman dan penulisan sama seperti kertas Bahasa Melayu. Malah, bentuk soalan objektif aneka pilihan juga akan dikurangkan dan ditambah dengan soalan objektif pelbagai bentuk yang mengkehendaki calon UPSR menggunakan unsur-unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) - BH
gambar hiasan

ADUHAIIII

Menakutkan buat Mommy. Makin lama, makin mencabar. Sekarang 5 subjek. Tahun depan 6 subjek. Fuhhh

No wonder parents sekarang, umur 2 tahun dah masuk tadika. Bukan sekadar taska. 4 tahun, siap tuisyen. Adoiiiiiiiii. Ngeri Mommy fikir.

Hanya Allah tempat Mommy memohon. Mudahkanlah anak2 Mommy belajar dan menimba ilmu nanti. Amin.

Itu untuk sekolah kebangsaan biasa uols. 6A. Sekolah Cina & Tamil, tambah lagi exam bahasa ibunda masing-masing. Ermmm..

Ok. Tarik nafas sekejap.

Otak anak-anak ini sebenarnya powerful. Maka, didiklah mereka dari kecil. Otak mereka ibarat span yang menyerap air, maka apa sahaja yang kita didik, insya Allah akan diserap masuk. Tapi, didikan itu perlu berterusan.

Yang menjadi masalah ialah, didikan terbantut. Ada sahaja gangguan. Dari rajin tetiba jadi malas, banyak main. Itu dugaan yang menghalang serapan didikan berterusan.

Allah. Permudahkan Mommy mendidik anak2 Mommy untuk melalui cabaran masa akan datang. Amin
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , ,