JEREBU TERUK SEPTEMBER 2015

Salam

Hari Jumaat yang indah.. Paginya tidaklah terlalu ketara jerebu di sekitar Ukay Perdana dan Ampang ini.

Tengahari pun Mommy masih sempat ke Ampang Point untuk makan tanpa ada rasa ragu2 walau perasan memang ada jerebu.

Namun.. ketika perjalanan Mommy nak ke kereta selepas tamat kerja, Mommy terkejut monkey.

Uish. Ampang Point pun dah kelabu asap. Ya Allah.

jerebu di malaysia 2015

Gambar ini diambil dari Office Mommy. Memang dekat je AP dengan office Mommy. Siapa2 nak lepak tu, roger je. Iols belakang De Palma je tau. Eh. Ttiba.

Sambung.

Otw back, Mommy tetiba rasa macam pening.. Alamak. Sedut sekejap je udara luar lepas keluar dari office pun boleh sakit kepala ke. Allahu.

Plan asal nak bawak anak2 makan kat kedai la malam ni. Kot2 anak boring Mommy masak. Last2 dengan cuaca gini memang tak la kan?

Dah nak dekat area rumah, tengok keadaan sekeliling memang kelabuuuu. Adoi..

Risaunyaaaa. Jangan la Mommy sakit time2 gini. Anak2 perlukan Mommy. Daddy pula jauh di mata. Sob sob.

jerebu di malaysia september 2015

Mommy harap, malam ni hujan selebat-lebatnya turun. Tapi moga-moga tiada banjir juga. Erm..

Apa punca jerebu ni?

Manusia.

Sigh

Labels: , ,