MAKCIK, BARANG KEMAS BANYAK TU, SIMPAN KE PAKAI? KENA ZAKAT TAU!!

Salam

cara bayar zakat emas dan perak

Zakat Emas & Perak

Dalil Wajib Zakat
Dalil Al-Quran
وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Maksudnya :
“Dan (ingatlah)orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Surah At-Taubah : Ayat 34)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”(Hadis riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.(Hadis Riwayat Muslim)

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:

Emas Perhiasan Wanita (اَلْحُلِّى)
Emas Bukan Perhiasan ( غَيْرُالحُلِّى )
Emas Bercagar
Perak
Cara kiraan zakat boleh cuba KALKULATOR ZAKAT EMAS & PERAK di sini.

Sumber Zakat Selangor

Labels: , , , ,