OH.. DENGARLAH RINTIHAN MOMMY

Salam

Seringkali berkata kat diri sendiri.. apalah sangat dugaan Mommy kalau nak banding dengan orang lain kan?

Tapi.. Mommy tetap nak sedih juga. Haha.

Layankan aje.

Mommy pening betul kenapalah AE cranky sangat malam tadi. Tengok-tengok, leher dia merah menyala. Penuh ruam. Adoiii.. Ekzema dia naik balik. Sampai ke bahu. Dah macam kelopak garam.

Maybe salah makan.

Kalau macam ni punya gaya, Mommy yakin, sure hari ni AE cranky. Susukan beliau sebab badan pun dah macam suam semacam. Mommy mandikan beliau bila tengok dah asyik meraung je. Kakak pun dah dipesan kena jaga hati adik. Jangan ngusik apa-apa. Nasib baik laaaaaaa kakak ni maha mengerti. Apa je yang adik pegang, dia tak rampas. Apa je yang adik nak, dia kasi. Tq kakak.

Gerak hati Mommy memang betul lah malam tadi. Bila pagi ni, Mommy tengok laporan buku taska/pengasuh Ariq. Report/suggestion diberikan.
"tantrum. please bring him to the therapy class"

Remuk tak hati?

Ye remuk.

Tapi, pengasuh tak bersalah pun kalau dia tak boleh sabar. Nak jaga anak syurga ni memang mencabar.

Budak mana tak tantrum?

Budak tantrum selalu bersebab kan?

Mommy rasa, satu faktor ialah ekzema dia tu. Buat dia tak selesa. Nak cakap, tak boleh. Maka, tantrum.

Ada yang tanya, apa maksud tantrum?

Tantrum adalah hasil dari energi tinggi dan kemampuan yang tidak mencukupi dalam mengungkapkan keinginan “dalam bentuk kata-kata”
Faham ke faham??

Mommy nak suruh faham tu.

Mommy memang stress amat pagi ni. Siap dah nangis pun dalam kereta. Dah la Daddy takdak. Nak pelukan ketenangan pun takde. Hukhuk

Sabar je lah.

Apalah sangat dugaan Mommy kalau nak bandingkan yang di luar sana kan?

Sambung nangis.

T_T

Labels: , , , ,