ORANG BALIK KAMPUNG.. KAMI??

Jangan la tanya.. nangis kang!

Dah la terpaksa cuti dari Hari Rabu. Tadika tutup. Makanya.. Mommy & Hannah kena berdating la today.

Mommy hantar Ariq ke rumah pengasuh awal pagi macam biasa. Mulanya macam taknak hantar, tapi memikirkan banyak tugasan hari ini, terpaksa lah hantar.

Ngan anak dara cekci. Apasal runcing sangat Mommy tengok dagu kakak ni? Ekekek.


Lepaking kat kedai makan. Erm.. Burn RM11. Ini lah masalah makan kat luar.

Bercuti hari ini bukanlah sesuatu yang disengajakan. Ianya terpaksa dek tadika tutup. Yang paling menyedihkan ialah gaji kena potong. Sob sob. Jumaat ini pun sama. Sigh.

Keluar dengan Hannah, Mommy sangkakan paling bahagia sebab tak penat dengan adik yang nak berdukung dan suka lari. Rupanya.. lagi penat tanpa adik!!

Mommy tak boleh nak salahkan Hannah sebab dari pagi lagi dia dah tanya mana si adik?

Imaginelah.. kita kalau keluar dating dengan suami tanpa anak2 pun, dah ajak balik cepat2 sebab tak tahan rindu. Budak2 ni pun sama la. Terbiasa pergi mana2 bersama2. Erm..

Balik je rumah, terus pingsannn!! Penat jalan ye kakak?

Orang lain balik kampung.. kami mampu pusing kl n selangor je. Sob sob sob.

P/S : Sebak tengok gambar daddy berwukuf. Sebak dengar suara mak abah sambil ucap selamat hari raya tadi. T_T

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , ,