PRIVATE SESSION BERSAMA WAWA IDRIS DI KELABBLOGGER BENASHAARI : ANALISA WARNA DALAM IMEJ

Salam

Tak sabar rasanya menunggu "Private session Wawa Idris bersama geng2 Kelab Blogger Ben Ashaari" selepas diumumkan oleh Puan Wawa beberapa hari yang lalu. Topik yang akan dibincangkan ialah Warna yang Okay dan Tak Okay.

Sebelum sesi ini berjalan, Puan Wawa menyarankan agar ahli2 Kelab Blogger Ben Ashaari study terlebih dahulu input di dalam blognya, supaya tidak terlalu "blur" bila sesi soal jawab berjalan nanti.
Panas atau sejukkah warna daku"
Mommy yang sedia maklum memang suka amat belajar mengenai imej dan penampilan diri ni, memang dah set awal-awal reminder di phone, dan pastikan battery juga full. Anak-anak nak main phone? No way masa ni. Haha. Mommy dah ready siap-siap makanan dan juga 'hiburan channel 611' buat mereka. Hahahaha.

Akhirnya malam yang ditunggu telah tiba. Itu pun Mommy terlambat juga. Hihi.

So, menurut video yang Puan Wawa share dalam entrinya, warna terbahagi kepada 2 jenis iaitu Warna Panas dan Warna Sejuk.

Menurut Puan Wawa lagi, walaupun tergolong dalam kategori Cool colours (warna lembut), tidak bermakna golongan ini berpewatakan lembut, mesra atau mudah didekati. Manakala mereka yang di dalam Warm colours, tidak pula bermakna mereka ini pemarah atau ganas. Jom baca lagi..

Topik yang diajar malam tadi ialah "teknik melalui warna".

Soalan pertama dari Puan Wawa ialah melalui gambar ini..


Soalan : Siapakah di kalangan 3 jejaka ini yang mencirikan "powerful" atau berkuasa?

Jawapan rata2 ialah yang ketiga dan memang tepat. Kombinasi warna merah dan hitam ialah kombinasi kontra yang paling maksimum! Lantas, ia mencirikan imej "powerful". Contoh yang diberikan ahli KBBA ialah Donald Trump. Bijak betul. Mommy pun setuju!

Cuba tengok imej Donald Trump dalam The Apprentice. Tak hensem pun tapi nampak tak kewibawaan beliau. Ahaha. Mampos kalau dia saman Mommy sebab cakap dia tak hensem. Agaga.

Menurut Puan Wawa lagi, jika kita memilih warna kontra yang tinggi (high contrast) seperti kombinasi hitam dan merah ini, penampilan seperti ini memang akan mencirikan penampilan berkuasa dan dominan. Manakala kombinasi warna yang rendah (low contrast) seperti pink dan purple, pula akan menampakkan ciri yang lebih mesra dan kurang ancaman.

Fuh.. Ini baru permulaan uols. Banyak betul input kan??

Kalau medium contrast? Ciri seperti itu pula kan menampakkan kita serius tetapi ada elemen mesra giteww.

************

TIPS WARNA UNTUK SI DIA BERBADAN KURUS - COLOUR BLOCK
Tips ini sangat penting buat Mommy selepas ditanya oleh salah seorang ahli KBBA malam tadi. Kenapa?

Jawapan Puan Wawa, colour block akan buat penampilan orang yang kurus nampak besar. Ihihi. Itu sebab penting untuk Mommy!

Contoh gambar colour block yang Puan Wawa beri ialah ini


Mommy tunjukkan gambar Mommy ini di mana Mommy memilih memakai colour block. Apakah ia pilihan yang tepat? Biru dan oren.

Ternyata ia tepat. Huhu

************
TIPS WARNA UNTUK SI DIA BERBADAN COMEL - MONOCHROMATIC COLOURS

Mono di sini mengikut fahaman Mommy ialah single atau satu. Untuk yang berbadan gempal atau comel, pilihan warna yang sesuai menurut Puan Wawa ialah Monochromatic colours. Penampilan warna monochromatic akan menampakkan diri lebih kurus. Contoh yang diberikan puan Wawa ialah seperti ini:

Monochromatic colours = Warna yang sama dari atas sampai bawah, akan menampakkan diri lebih kurus.

Juga, ada sedikit tone shading 1 warna seperti ini, akan menghasilkan ilusi kurus.

Menariknyaaaaaa!

************
Mommy juga ada tunjukkan gambar Mommy yang ini kerana pilihan warna tudung yang kadang2 Mommy main hentam je nak match dengan pakaian Mommy.


Menurut Puan Wawa, dalam Mix & Match concept, jika kita nak kombinasikan warna, sebaik-baiknya 2 warna sahaja. Pilih 2 warna yang menampakkan ciri elegan. Komen Puan Wawa untuk gambar Mommy ini, "nice.. i like. the belt make the outfit look exclusive"

Gitu.. Mujurlah 2 warna sahaja yang Mommy guna ni. Fuhhhhh. Ingat! 2 warna!!

Last but not least, Mommy ada juga tanyakan perihal "how to hide kekurusan". Haha. Topik body shape akan dibuat dalam sesi lain nanti. Huu. Tak sabarnyaaaaaaa!!

Anyway, terima kasih buat Puan Wawa untuk tips yang menarik ini. Ternyata, warna sangat memainkan peranan dalam penampilan imej kita uols! Selamat menimba ilmu.

Labels: , , , , , , , ,