TAHNIAH LISA : BABY GIRL IN THE HOUSE

Salam.

Tahniah buat Lisa & Yusry di atas kelahiran puteri sulung mereka pada jam 11.44 malam, 15 September 2015. Info yang lagi menarik ialah puteri sulung mereka ini berkongsi angka 15 seperti Daddynya, Yusry (15 Jun 1973).
Pasangan ini berkahwin pada 23 Feb 2012.

Masih lagi menyembunyikan wajah anak mereka. Mereka juga mohon diberi masa untuk stabilkan apa yang patut dulu. Betullah. Kalau Mommy pun, memang taknak orang ganggu sekejap. Penat tak habis lagi. Eh. Bajet retis lak Mommy nih. Ekekeke

Namun, Mommy yakin, selepas ini tumpuan kamera beralih kepada anak mereka pula.

Sebelum ini anak Che Ta & Scha jadi tumpuan bukan?

Anyway, anak syurga ni semuanya comel-comel belaka.

Welcome to Parenthood Zone to Lisa & Yusry. Apa-apa tak faham pasal kesihatan budak ke, pemakanan budak ke, jangan lupa taip je blog shehanzstudio ini ok. Hihi

Labels: , , ,