WAHAI AYAH DAN IBU.. KENAPA PERLU MARAH?

Wahai Ayah dan Ibu..

Kenapa perlu marah?

Bukankah anak itu yang anda tunggu-tunggu?

Bukankah anak itu yang anda puja-puja?

Kenapa perlu marah?

Kerana kehadiran adiknya?

Kerana kenakalannya?

Kerana kedegilannya?

Cuba kenangkan semula.

Lihat gambar hari pertama anak dilahirkan.

Wajah suci.

Belum pandai senyum kecuali 'kembar uri'nya yang mengusik diri.

Lihat kembali.

Wajah ini yang diteka-teki mengikut wajah ayah atau ibu.

Kenang kembali.

Dari tidak tahu apa-apa sehingga tahu berdiri malah berlari.

Kenapa perlu marah?

Lihat kembali wajah polos mereka.

Anak sulung.

Bukan bahan ujikaji.

Bertabahlah. Doa merekalah yang membawa kita ke syurga nanti.

HANNAH DAMIA

Kenapa perlu marah?

Labels: , , ,