APA YANG SELALU DICARI DALAM FREEZER - CABARAN INSTABLOG EFGKBBA DAY 4

Salam

Nak tunjuk sikit rupa peti ais Mommy ni..


Close up

Susun Atur ni Mommy dah share dalam Page Idea Susun Atur Dan Dekorasi Mommy nih.

Rupa peti ais Mommy pastinya akan berubah dari semasa ke semasa. Ye la. Kadang barang penuh.. kadang barang licin. Haha

So untuk cabaran Hari ke 4 ni.. apa yang selalu Mommy cari dalam Freezer?

Ini diaaaa..

Bekas telur!!! Perasan tak, rupa peti ais Mommy atas sekali tu, telur kat pintu peti ais. Kemudian, Mommy dapat info yang telur tak boleh disimpan di tempat suhu berubah-ubah. Kena maintain je suhu dia. Jadi, pintu peti ais tu kurang stabil suhunya sebab kita selalu buka tutup kan? Jadi, Mommy sediakan bekas asing (beli di Daiso) untuk simpan telur di bahagian dalam peti (refer pic ke dua). Asalkan x letak kt bahagian pintu peti ais tu..

Kenapa Mommy cari bekas telur ni? Sebab.. Anak2 Mommy suka makan telur. Tengok lah pagi ni.. bila cari bekas.. tadaaaa


Tinggal 1 ajerrr? Nasib baik laaa ada stok. So refill semula.

Pagi ni sarapan nasi goreng orang demam. Perlukan telur, garam, nasi sejuk, sos tomato dan lada putih sahaja. Dulu masa Mommy demam.. pahit mulut, so mak akan buat nasi goreng ni. Sekarang turn Hannah plak. Sian dia. Demam day 2.

Kadang2 tu.. lunch n dinner pun mintak telur. So memang laku sangat lah telur kat rumah ni.

Selain tu.. Mommy juga selalu mencari sesuatu di bahagian atas peti. Apa tu???

Of course laaaa lauk yang nak masak. Ok. Dah nak lunch ni. Kena masak jap. Kbai.

Labels: , , , , , , ,