BREAKFAST WAJIB MOMMY - CABARAN INSTABLOG EFGKBBA DAY 6

Salam

Dah malam ni. Baru sempat nak update cabaran Hari ke 6 InstaBlog EFGKBBA ni.

Cepat masa berlalu. Dah 6 hari buat cabaran ni, maka berupdate juga la blog ini. Kalau takde cabaran, memang mencakar juga nak cari idea. Hii. Kalau dilihat kepada Niche Blog Mommy tu (Health, Parenting, Food, Lifestyle & Beauty), tajuk hari ni fokus kepada Food.

Perihal Food yang Mommy nak cerita ini secara tidak langsung dapat majukan Petronas Bukit Antarabangsa. Itu pun kalau pembaca blog Mommy berada di sekitar Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana lah. Hiii.

Ini dia Breakfast wajib Mommy.


Nasi lemak Petronas.
LA Coffee
Sandwich in case kalau kelaparan amat.

Breakfast nasi lemak ni memang selalu sangat lah Mommy beli. Dulu harga cuma RM1.30 je. Sejak GST, dah jadi RM1.59.. Hmm. Redhooo je la membeli.

Lauk dia.. memang sikit tapi nasib baik la nasi n sambal dia sedap. Leh la layan berlaukkan bawang tu. Kenyang.


Kadang2 tu.. kalau tak sempat beli nasi lemak atau apa2, LA coffee tu memang wajib la. Cukup dah as breakfast wajib Mommy. Ini satu2nya coffee yang tak buat Mommy sakit perut. Beli yang jenis paket2 kat Aeon Big je. Type takde gula.

So.. korang breakfast apa?

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , , , , , , ,