CARA MENCUCI MICROWAVE

CARA MENCUCI MICROWAVE


Salam

Selama ini Mommy cuma cuci microwave cara biasa, lap dengan air sabun. Tapi, kadang-kadang tu ada bau kurang enak masih melekat dan tak hilang baunya. Sembur Febreeze pun tak hilang. Punya gigih nak bagi hilang bau. Tapi, lepas tu sabun semula la. Mommy try cari penyelesaian.


CARA 1 MENCUCI MICROWAVE

4 sudu kecil (20ml ) cuka
1 mangkuk air
*Campur bahan tadi dan masukkan dalam microwave.
*Panaskan microwave 6 minit suhu high.
*Kemudian keluarkan mangkuk bila microwave sudah berhenti.
*Basahkan kain dengan air bersih dan perah kain tadi,kemudian lap microwave.

CARA 2 MENCUCI MICROWAVE

5 sudu teh ( 25ml ) jus lemon
1 magkuk air
*Campurkan bahan tadi dan masukkan dalam microwave.
*Panaskan microwave 5 minit suhu high.
*Bila sudah berhenti keluarkan mangkuk tadi.
*Lap microwave dengan kain lembut dan bersih.

CARA 3 MENCUCI MICROWAVE

4 sudu teh ( 20ml ) esen vanilla
1 mangkuk air
*Campurkan bahan tadi dan masukkan dalam microwave.
*Panaskan microwave 5 minit suhu high.
*Bila sudah berhenti keluarkan magkuk tadi.
*Kemudian lap dengan kain lembut dan bersih.

CARA 4 MENCUCI MICROWAVE

5 sudu teh baking soda
1 mangkuk air
*Campurkan bahan tadi dan masukkan dalam microwave.
*Panaskan microwave 6 minit sudu high.
*Bila sudah berhenti keluarkan mangkuk tadi.
*Lap dengan kain lembut dan bersih.

CARA 5 MENCUCI MICROWAVE

5 sudu teh sabun pencuci (liquid dish soap)
1 mangkuk air
*Campurkan bahan tadi dan masukkan dalam microwave.
*Panaskan microwave 3 minit suhu high.
*Bila sudah berhenti keluarkan mangkuk tadi.
*Ambil span bersih basahkan dengan air dan perah span tadi.
*Kemudian lap microwave tadi dengan span lembab.

Kredit : sumber rujukan

Find me on Instagram
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , ,