EKZEMA ARIQ EMIR MAKIN TERUK!

Salam

Sudah lama rasanya Mommy struggle dengan ekzema Hannah Damia & Ariq Emir (HDAE) ni. Petanda memula lepas Mommy tengok peha HD yang Mommy pernah cerita kat sini, ekzemakah dia.
Mommy kesan ekzema HD sejak dia mula tadika.

Terbaru, Mommy ada try sabun susu kambing moogoo ni dan nampak macam leher AE & peha HD macam dah getting better.

Tapi, Hari Ahad Mommy perasan macam leher AE macam merah-merah dan penuh ruam. Ermm. Mommy ada bagi AE try oat crunch with chia seed masa malam tu. Makan ok je. Tapi, sebelum tidur tu, Mommy bagi susu macam biasa. Tetiba, naik merah-merah sampai ke kening. Dah kenapa pulak muka AE nih.

Terus Mommy mandikan. Dan sapu Udder Cream Moogoo plak.
Tenang sikit tidur lepas tu.

Namun malam tadi, macam tak henti pula tengok AE menggaru. Kakak hulur biskut inti choc sekeping kat adik. Adik plak main telan aje.

Nah..malam tadi, terus tak boleh lena. Geledah satu rumah cari Pati Batook, minyak gamat. Semua tak jumpa! Grrr

Ayat AE malam tadi.. "mommy.. akit.. akit.."

Mommy masih lagi tak ingat perihal ekzema ke apa. Mommy gigih la urut slow2 belakang, kaki, peha, perut. 2 jam tak tidur2. Dua jam juga la Mommy tahan ngantuk mengurut. Hmmm. Lepas tu, jam 530 terjaga nangis2 lagi. Tskkk.

Pagi tadi, AE masih tidur, selepas beberapa jam je tidur, Mommy angkat je terus bawa ke rumah pengasuh.

Tengah hari ni pengasuh whatsapp, ekzema AE makin teruk! 

Nak nangis ke apa nih?

Pengasuh terpaksa letak minyak gamat untuk elak dia keep on garu & menangis. Hmmm. Mommy nak sangat buat Allergy Test Immunocap macam Mommy buat kt HD masa kecik2 dulu. Tapi itulah. Harga. Tskkk.

Find me on Instagram
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , , ,