HAPPY 5TH BIRTHDAY HANNAH DAMIA : HELLO KITTY THEME

HAPPY 5TH BIRTHDAY HANNAH DAMIA : HELLO KITTY THEME

30 September 2015 merupakan hari lahir Hannah Damia yang ke 5. Cepatnya masa berlalu. This time, Daddy jauh di mata. Namun dekat di hati. Mommy Daddy belikan kek untuk HD so that boleh sambut di tadika.

Sebelum ini dah buat sambutan in advance dah untuk HD, siap dapat makan Baskin Robbin lagi.

Mommy tempah Carrot Cheese Cake ini kat officemate Mommy, Kak Zai. Mommy selalu juga order kat dia. Selalunya cupcake. Hihi..
Harga kek ini RM80. Beratnya pula 2.5kg. Cantik kan???


1st word yang keluar dari otak Mommy.. Ya Allah.. Gigihnya kak zai ni piping. Huhu.

Kalau cantik gini, sedap pulak tu, memang takkan ralat punya lah! Harga RM80 untuk Mommy dah tersangat murah compare tempat2 lain.

Minta izin balik awal so that Mommy leh join the party di tadika Little Caliph. Masa Mommy sampai tu, baru nak solat asar. Syahdu, comel, kelakar pun ada masa dengar n tengok. Mommy ambil gambar pun masa Mommy dengar dorang tengah bersujud. Hannah saf depan kanan gambar nih. Tudung lain dari orang lain. Hiihi. No wonder hari2 minta nak bawa telekung. Dia tak suka kalau tak pakai telekung. Mommy terhendap2 tengok, Hannah sangat fokus membaca. Mata tidak meliar mana2 kecuali ke arah sejadah.

Kenapa Mommy tak snap masa dorang tengah tahiyat ke apa. Tengok la ni.. Ada mata memerhatikan Mommy. Hihi. Umur si comel2 ini dari 3 tahun sampai 6 tahun tau. Boleh bayang tak budak 3 tahun contohnya tu, leh habis 4 rakaat solat asar yang mengambil masa almost 15 minit. Biasalah, baca surah versi bebudak. Mana boleh laju2. Hii

Masa yang ditunggu sudah tiba. Memasing menuju ke tempat makan. Hannah masih tak perasan kedatangan Mommy. Selepas kek dibuka, Mommy panggil dia. Wahh. Senyum meleret dalam malu-malu la kakak..


Kek Hello Kitty
sebagai tema tahun ini.

Hari tu kan Hannah frust tak dapat tiup lilin kat cake Baskin Robbin ini, so Mommy bawa lilin this time.

Kawan2 dah start ke meja makan.

Hannah yang malu2 tapi happy.

Kawan2 sekelas datang bergambar dahulu..

Bersama guru kelas 5KG1, Teacher Yana

Ok jom nyanyi lagu Happy Birthday

Part 1 - Happy Birthday

Part 2 - Selamat Hari Jadi

Part 3 - Tiup Lilin

Disebabkan tengah video, tak sempat nak snap tiup lilin. Suruh Hannah buat lakonan semula. Nasib baik dia layan. Haha


Teacher tolong snap. Daddy & adik takde. Sobs

Ok dah setel snap2, tiba masa untuk makan.

Teacher potong2 then letak dalam 1 plate. Kongsi ramai2. Mommy tengok, ada yang tak berani nak ambil lebih, ada yang makan bertambah2. Comel sungguh! Feedback dari teacher, ada seorang budak tu jenis tak makan cake sangat, tapi kali ni bertambah2. Selesai makan, masing2 ke baldi air, celup tangan & lap guna kain sedia ada. Erm.. Itu Mommy kurang gemar sikit. Huuu

Setel semua, Mommy bawa balik sepotong untuk Ariq rasa juga. Ariq pun nampak gayanya sangat suka. Memang carrot cheese cake ni sedap sangat!

Untuk doorgift, Mommy sediakan HELLO KITTY CUTLERY HOLDER ni. Untuk bebudak kelas sahaja lah. huuu


Dress yang Hannah pakai ini dijahit oleh mak Mommy iaitu Atuk. Cantik kan?

Sori la adik, Mommy tak bawak, Kang adik taknak duduk. Nak suruh Mommy dukung la, jerit la, apa la. Hiii.. Sambut kat rumah aje la dik ye. Sekarang ni dah sporting nak sebut peace, peace masa snap gambar. Hiii. Gaya je belum pandai buat lagi. Sebab?

Tu nampak tangan busy tu? Penuh robocar poli

Hannah Damia Haris Anuar

Anak Mommy Daddy,
Jadilah anak yang baik, mendengar kata, bijak dan solehah.
Mommy Daddy dan semua orang sayaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat dekat kakak.
Jadi kakak yang baik buat adik-adik. Eh
Moga semua impian kakak tercapai.
Moga kejayaan sentiasa berpihak padamu di dunia dan akhirat.

Mommy Daddy takkan selamanya di sini.
Jadilah anak yang berdikari, kental dan tabah!
Jaga diri, jaga kehormatan, jaga nama baik sendiri dan ahli keluarga.
Belajar rajin-rajin dan Mommy Daddy doakan sentiasa hidup kakak dimurahkan rezeki.

Amin.

Labels: , , , , , , , , , , , , , ,