PHYSIOGEL : DAILY MOISTURE THERAPY CREAM UNTUK EKZEMA ARIQ

Salam

Susulan kisah ekzema ariq emir makin teruk, malam tadi Mommy menggigihkan diri mencari solution masalah ini.

Plan asal nak cari Buds cream atau Ezerra


Tapi bila Mommy ke Watson malam tadi, Mommy ada bertanyakan Pharmacist di situ, sambil tunjukkan keadaan leher Ariq.

Cream yang ditunjukkan ialah PHYSIOGEL : DAILY MOISTURE THERAPY CREAM. Harga termasuk GST ialah RM40.60. Demimu anak, Mommy beli juga.


Kandungan bahan2 nampak selamat. Menurut pharmacist tersebut, tiada steroid.


Mudah-mudahan ok la kan??

Mommy memang rigid nak beli cream2 ni. Hmm. Tapi dari malam tadi sapu peha Hannah & leher Ariq, tak nampak menggaru.

Tengok.. inilah item wajib di tepi bantal Mommy

Tapi kan.. Ariq still bangun nangis2 macam malam tadi. Dah 2 malam Mommy tidur terganggu dengan keadaan Ariq ni. Nangis kenapa pulak sambil sebut akit..akit (sakit). Allahu. Mata Mommy dah memang macam panda dah. Eyebag pun dah sakan.

Tanya pengasuh sebentar tadi, katanya Ariq dah tak menggaru hari ini.

Apa yang Mommy perlu buat selepas ini? Jaga makan. No more manis2, gatal2, etc.

Find me on Instagram
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , , ,