REVIEW : ZARAA SHAWL DARI LA ZARA

Salam.

Mommy nak kenalkan 1 produk yang boleh dikatakan item wajib dibeli selalu. Amboi-amboi. Macam kaya je. Item yang dimaksudkan ialah shawl.

Sebenarnya Mommy dah lama tak pakai shawl jenis manual lilit ni. Nak mudah aje sekarang ni. Tapi kan, bila Mommy cuba Zara shawl ni, eh senang jugak! Mudah bentuk. Berat terletak elok.


Ini warna yang Mommy cuba. Peach. Paling best mengenai Zaraa Shawl ini, ialah less ironing. Chiffon ada jenis yang bila kita seterika, lambat betul nak hilang kedutnya. Tapi Zaraa Shawl ni, kejap je dah hilang kedut tu.


Yang Mommy pakai ni jenis long shawl. Saiznya ialah 165cm x 45cm. Kalau nak buat labuh tu, memang boleh sangat-sangat.

Seharian Mommy pakai di pejabat, langsung tidak rasa rimas atau panas. Memang sangat selesa dan melekat elok je dengan muka.

Mommy sarankan, jika anda beli warna plain macam Mommy ni, elok dipadankan dengan baju yang bercorak. Memandangkan Mommy memilih warna peach, ia sesuai dipadankan dengan banyak pilihan warna baju. Contohnya kemeja hitam polkadot seperti yang Mommy pakai.

Oh ya.. terdapat banyak lagi pilihan warna untuk anda. Jom dapatkan sekarang

ZARAA Shawl
Material: High Quality Chiffon, Soft, Glowy
Size: 165cm X 45cm
Price: RM35
Whatsapp : 0172097346
Facebook : La Zara
Instagram: Exclusive_by_zara


Find me on Instagram
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , , , , ,