SALAH FAHAM PEJABAT POS

Salam

Memandangkan Ariq Emir dah sihat, maka Mommy bawa mereka keluar makan dan mencari pejabat pos sekali.

Rupanya Ariq kena ubat demam jenis Ibuprofen baru lah kebah cepat. Hmm. Mommy tak gemar sangat Ibuprofen tu, lebih prefer PCM. Tapi, 2 hari tak kebah2, masih hot-hot, kasi juga lah ubat klinik Dr Aida tu.

Segar dari malam tadi sampai pagi ni.

Ni nak suruh kakak posing, dia celah sekali.. ok la tu.

Baru perasan.. adik pun silang kaki. Hahaha. Tapi Mommy nak jadikan adik model payah sket. Sukar terima arahan. Haha. Pening kepala.

Nak dijadikan cerita, kami ke stesen LRT Rampai sebab Mommy ingat ada pejabat pos kat situ. Ini la masalahnya masa Daddy cerita pegi pej pos rampai, tak nak tanya kat mana exact tempat. Nasib baik la kereta Mommy ni ada sticker staff Prasarana. Maka, parking tempat staff tanpa ada masalah la. Ariq dah amukan sebab dia ingat nak naik train. Mommy pusing2, takde pun pejabat posnya. Hahaha. Apasal la yakin sangat. Keluarlah kami dengan kecewa.

Sejak Aeon Big ada renovasi, Mommy tak pernah terfikir nak cari pejabat pos dalam tu. Tepi Kedai Bata, yang dahulunya pejabat pos di situ, memang tak ada apa2 tanda menunjukkan tempat baru pej pos. Kenapa? Sebab Hannah pernah posing depan pintu bekas pejabat pos tu.


Takde sign apa2 melainkan dinding semata-mata.

Maka tadi Mommy terfikir, pejabat pos Aeon Big Wangsa Maju tu dah beroperasi ke? Kat mana agaknya. Sepanjang jelajah tingkat G & 1 tu, takde la pulak ternampak pejabat pos. Aduh. Dengan Ariq dah start cranky dalam kereta. Macam2 Mommy fikir ni.

Ditakdirkan parking memang susah nak cari Level G tu sekarang. Selalunya Mommy parking basement dan akan naik lift. Tapi entah kenapa tadi tergerak hati nak naik Level 3. Pusing2 cari akhirnya dapat la parking depan pintu besar Aeon Big tu.

Masuk je.. terus nampak logo Pej Pos. Walawehhh.. Besar gila. Rupanya Pejabat Pos Aeon Big kat Tingkat 3. Sama level dengan Food Court!! Wow sangat!!

Banyak kaunter dan agak laju tadi. Mujur. Syukur. Ariq sambung cranky while Mommy tak habis2 suruh Hannah posing. Ada projek sikit. Hii. Nasib baik Hannah pandai posing. Tq kakak..


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , , , ,