VIRAL : KENYATAAN AKHBAR KIUB AIS PUNCA DEMAM KEPIALU

Apakah Demam Kepialu (Tifoid)


viral-kenyataan-akhbar-kiub-ais-punca-demam-kepialu

Baca lebih lanjut di sini

KENYATAAN AKHBAR ISU VIRAL KIUB AIS PUNCA DEMAM KEPIALU

Kementerian Kesihatan mengambil maklum viral di laman sosial mengenai dakwaan bahawa demam kepialu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berpunca daripada kiub ais yang dihasilkan oleh kilang yang beroperasi secara haram.

Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa di bawah Peraturan 394A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 semua kilang ais perlu dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan dan mana-mana kilang ais yang tidak berlesen akan dikenakan tindakan penguatkuasaan. Dalam hal ini, pemilik kilang ais yang beroperasi tanpa lesen yang sah dari Kementerian Kesihatan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kilang ais berlesen dengan Kementerian Kesihatan yang membekalkan ais ke premis makanan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas kilang ais termasuk menjalankan pensampelan bagi tujuan analisis. Sehingga kini, tiada sampel ais yang dikesan mengandungi bakteria patogenik.

Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ke atas kilang pengeluar ais di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan mengharapkan kerjasama orang ramai untuk melaporkan mana-mana kilang pengeluar ais yang disyaki beroperasi tanpa lesen kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM http://www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
22 OKTOBER 2015

********

KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

STATUS KES DEMAM KEPIALU DI MALAYSIA DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN - 22 OKTOBER 2015


viral-kenyataan-akhbar-kiub-ais-punca-demam-kepialu
viral-kenyataan-akhbar-kiub-ais-punca-demam-kepialu
Kredit :
kpkesihatan.com
kementeriankesihatanmalaysia

Find me on Instagram
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , , , , , , , ,