ALHAMDULILLAH.. ABANG HAJI DAH PULANG

Salam

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hehe. Abam Haji saya sudah pulang dari Mekah.

Yeay!!
Alhamdulillah.

Teruja tu, takde la over sangat. Tapi, bangun jam 545 pagi la untuk iron jubah. Miahahahhaa.

Family mentua ada kat rumah. Nak buat surprise kat Daddy. Hihi.

Jam 11 pagi kami bertolak ke KLIA. Adik ipar Mommy drive. Oh.. Lamanya xde driver. Akhirnya my official driver (abam haji), akan pulang. Hiiii.

Kerana excited, jom selpiaq seketoi dua dahulu.


Dalam perjalanan, tetiba si kecik tu merebahkan badan kat Mommy. Ngantuk ler tu. Hiii. Akhirnya memang tertidur. Padahal lagi setengah jam nak sampai KLIA masa tu.


Ketika di KLIA, walaupun si kecik tu keletihan dan keboringan dek perjalanan jauh yang boring tu (sebab tol mahal), ada 2 orang makhluk comel ni tak reti2 nak letih. Main sepanjang masa. Hihi. Hannah dan Kasyaf. #cousins


Memandangkan Mommy memang tak reti malu, kat public pun memang selamba nak selpiaq tak abeh2. So, starting, ajak mak mentua dan adik ipar dulu. Hikhik.


Pastu diri sendiri. Hahaha. Berkali-kali snap sebab takut nampak kurus. Eh, sejak bila kau gemuk, Shehan? Hahah #dilemaorangkurus


Ramai yang memuji dress Mommy ni. Untuk pengetahuan uols, bukan uols je suka tengok. Mommy pun suka tengok. Ekeke.

Ini merupakan dress kedua dari design sama yang macam Mommy pakai masa raya haji baru2 ini. Raya Haji Mommy memakai Dress Zawara yang sama cuma warna brown n black. (tengok di sini). Yang Mommy pakai ini pula warna biru dan krim.

Jadual airplane dari Jeddah menunjukkan ketibaan jam 1 petang. Maka kami semua dah gigih menunggu depan tu. Ariq yang tadi tengah tidur, tetiba dah terjaga. Dapat rasa kot. Yang bestnya, Ariq behave baik sangat. Alhamdulillah.


Ada sorang budak tu memang tak sabar-sabar dah. Asyik tanya, mana? mana daddy?


Kemudian, ada surprise baik punyaaa! Mak Abah Mommy pun datang jugak. Wah! Ini bukan Daddy je surprise dengan mak ayah dia datang, mentua pun ada sekali. Huuuu. Touching! Tq Mama, Ayah, Mak dan Abah. Kaktih pun tq la sebab rancang baik punya bawak mai mak abah. Hihihi..


Masa yang ditunggu2 telah tiba. Bila nampak je Daddy, terus Hannah macam terkaku. Aik? Yes, Hannah kaku. Last2, Mommy suruh pegi lari kat Daddy.

Anak Daddy sangat! Rindu sangat2 tu.


Sesi peluk memeluk bersama semua ahli keluarga. Dengan Mommy, tak dapat pelukan pun. Hakhak.

Dalam semua orang happy, ada juga budak kecik blur. Ariq taknak kat Daddy. Hihi. Siap nangis2 nak ke Mommy. Sian dia. Terlupa ke apa, wallahualam. Baru 3 bulan tak jumpa adik oiii.


Akhirnya kami bergabung meletop semula. Hiii. Senyum Mommy takle nak stop. Sampai lenguh pipi. Hikhik

Sedar tak sedar masa tu dah jam 3 petang. Lunch pun belum lagi. Kami ke Satay Kajang Haji Samuri. Pelbagai nasi, ABC, satay ayam dan perut 100 cucuk. Layan. Hahaha. Padahal 2 family ja pun.


Setel dan pulang ke rumah.

Perkara paling ditunggu-tunggu di rumah ialah lihat apa yang Daddy bawa balik. Semua dapat jubah masing-masing. Tak sangka banyak surprise Daddy kasi kt Mommy. Hiii.

Antaranya ini. Special casing utk fon Galaxy A7 Mommy dipadankan dengan casing Note 5 Daddy.


Dan Perfume.. Hii. Tajuk diaaaaaaaaa.. Hadoi laaaaaaaa


Eh.. ada lagi perfume. Huwaaaaaaaaaa. Sukanyaaaaaaaaaa..


Ini Daddy punya. Daddy tak suka bau keras2. Suka bau lembut. Mommy pun suka bau ni.


Uish.. Ada lagi untuk Mommy? I'm in heaven. Hiii


Daddy cerita masa ke Raudhah, Daddy berkesempatan beli sejadah ni. Nak beli sejadah ala carpet Raudhah tu, wajib beli 2 helai 100 riyal. So, Daddy kongsi dengan kawan beliau. Satu hijau. Satu merah. Daddy ambil yang hijau. Jadi, opkos Mommy nak rasmi. Sejadah naik kapal terbang woo. Hikhik


Selain dapat jubah masing2, Daddy belikan 2 ekor unta baghdad untuk anak2. Tengok ni. Nak tido pun xnak lepas.


Eh.. Pernah tengok tak Unta tiup belon? Tengok sini (klik)
https://instagram.com/p/9nuBYLiYze/?taken-by=myapilot
Apapun, Mommy bersyukur Daddy selamat sampai. Penat bertungkus lumus kerja di Mekah, namun sangat beruntung dapat buat umrah dan Haji serentak. Allahu. Rezeki sungguh. Memang betul Daddy cakap, nk buat Haji ni, elok sangat2 pergi masa umur muda. Mommy harap, Mommy berpeluang ke sana juga satu hari nanti. Mommy tak berharap hadiah2 mewah tapi bersyukur juga la suami ingat. Hii

Nyum nyumm.. burpp. Sedapnya Kurma Ajwa ni. Tihiihii

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , ,