BAYI 3 BULAN DIGIGIT DAN DIPUKUL?

Salam

Mommy terbaca berita mengenai bayi 3 bulan yang dimasukkan ke wad selepas mukanya lebam-lebam dipercayai digigit dan dipukul kanak-kanak lain.

Allahu.

Kalau fikir anak sendiri kan, nangis baru ek sikit pun, mata automatik melilau cari anak. Cari sebab kenapa menangis tu.

Baca kisah di bawah.

MUKA dan kaki Nina Amanda dipenuhi kesan lebam dan calar akibat dipukul kanak-kanak di taska. 
Kuala Terengganu: Seorang bayi berusia tiga bulan dimasukkan ke wad selepas mukanya dipenuhi kesan lebam dipercayai digigit dan dipukul kanak-kanak di bawah jagaan sebuah taska di bandar raya ini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Nina Amanda Kamarul Anuar dikatakan dipukul seorang kanak-kanak berusia lebih setahun hingga lebam di muka.
Bapanya, Kamarul Anuar Mamat, 34, berkata, dia kecewa dengan pengasuh di pusat jagaan berkenaan yang tidak mengasingkan anaknya daripada kanak-kanak lain di taska terbabit.
Menurutnya, melihat keadaan muka anaknya dipenuhi kesan lebam itu, dia mengesyaki anaknya dipukul lama oleh kanak-kanak lain, namun tidak diendahkan pengasuh kerana menyangka ia tangisan biasa.
Katanya, dia mengetahui kejadian itu selepas pengasuh taska berkenaan menghubungi isterinya, Norita Kamilah Mamat, 34, yang memberitahu muka anaknya digigit. hmetro


Mommy cuba bersangka baik. Mungkin ketika kejadian, pengasuh sedang sibuk dengan anak2 lain. Tapi, ada sebab kenapa setiap taska ada ratio bilangan pengasuh terhadap anak2 asuh. Apa pun, Mommy berdoa baby tersebut cepat sembuh.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: ,