ENJOY 15 PERATUS DISKAUN TIKET ZOO NEGARA BERSAMA BONUSLINK

Salam

Mommy ke Zoo Negara hari ini, 14 Nov 2015. Nantikan blogpost Mommy mengenai lawatan Mommy dan family ke Zoo dalam entry lain ye.


Entry ni Mommy nak share tentang Harga Tiket Zoo Negara. Terima kasih buat kak Rozita yang berkongsi info mengenai harga promosi bersama Bonuslink ini. Memang dah plan sebenarnya nak ke Zoo minggu ini. Tak sangka dapat info macam ni. Hii. Jimat poket Daddy. Inilah tugas seorang isteri. Cari jalan jimatkan kos. Hii.


Harga biasa boleh tengok pic atas. RM32 dewasa. RM11 kanak2. Tapi.. kalau anda ada kad BONUSLINK (pinjam je siapa2 punya kalau tiada bonuslink card), anda pergi ke kaunter PROMOTION & REDEMPTION (pic yg ada Hannah & Daddy tu), sebelah kaunter tiket biasa, anda layak tuntut 15% less harga tiket.

Tengok bil tiket Mommy ni.. Tapi GST wajib ye.


Kad di bawah ini Daddy daftar untuk dapat less 10% ketika beli makanan atau cenderahati dalam Zoo Negara. Free je pendaftarannya. Sahlaku sehingga 6 bulan.


Tawaran ni sampai 31 Jan 2016 sahaja ye. Go now! Zoo Negara buka jam 9 pagi hingga 5 petang. Jangan lupa bawa air dan payung. Panas boleh tahan juga.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , , ,