GAMBAR PASSPORT PERTAMA ARIQ EMIR

Salam dan selamat petang.

Memandangkan Mommy dan Daddy dah berkeputusan untuk mendaftarkan Ariq Emir ke tadika, jadi salah satu kewajipan ialah memberi gambar berukuran passport kepada pihak tadika. Hmm.. ok ke eh? Dengar ke arahan kalau nak snap ni? Huuu. Ok. Kita cuba.

Jadi semalam, travel lah kita naik train ke NU SENTRAL. Kemain jauh nak pergi ambil gambar pun. Boleh jalan2 sekali. Hannah dengan habit baru plak sekarang. Nak jalan sambil nak tulis atau melukis. Board beli kat Daiso ni dibawa merata-rata.

Hannah dah bagitau naik LRT je hari ni. Mommy suka travel naik LRT ni. Hii. Tak rasa beban sangat. Camne nak beban? Beg, anak2, semua daddy in charge. Kahkahkah


Tiba masa untuk ambil gambar. Tak sempat nak snap sebab mencabar juga. Suruh berdiri, taknak. Bagi gadget, dia pegang dan stand still. Nasib baik nak tengok kamera. Kemudian, dia pass gadget. Boleh plak senyum masa orang tu snap. Hiii. Mungkin tertarik dengan lampu dslr masa half shutter. Hiii

Kena tunggu 20 minit. Sementara tu, jalan2 kejap dan Hannah nak balloon. Request flower lagi. Pandai request dah sekarang. Hii


Dapat la flower yang dia nak. Siap melompat nak ambil. Clown tu buli.. Hiii


Boleh klik kalau tengok video clown buat flower dan video hannah dibuli clown.

Pergi semula ke kedai gambar tadi. Dapat 4 keping gambar. Harga RM16.

Tadaaaaaaa!!

Rambut tak adjust betul2. Dah nampak dahi luas tu. Pastu lupa nak suruh kedai tu edit gambar luka bawah mata tertoreh kuku. Hii

Mommy harap, nanti adik behave kat tadika. Less perangai yang manja-manja tu. Jangan buat perangai tau? Pleaseeee. Dengar cakap teacher, no cry2 ok? Harap teacher pun bersabar banyak-banyak melayan Ariq. Mommy guna instinct je ni masa nak daftar Ariq. Instinct Mommy, adik ok kat tadika. Sebab tahun depan dah 4 tahun. Elok dedahkan persekitaran belajar. Mudah-mudahan semua berjalan lancar. Both of u punya pendaftaran pun dah beribu-riban. Mommy masuk UIA pun RM500 je tau! hukhukhuk

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , , ,