MENANGIS NAK BUANG HABUK [TRAVEL GADGET]

Salam

Mommy pernah berkongsi kisah Travel Gadget Mommy kat entri Gadget Tercinta.

Ini rupa asal tempat koleksi Mommy di mana tak ramai lagi ahli masa ni berkumpul.


Semakin lama, ahli semakin banyak. Rasanya travel gadget 'microblock' lah yang paling jauh datang. Iaitu dari Hong Kong. Lain-lain semua beli kat Malaysia. Ada original, ada yang tipu-tipu.

Dan tak semua ialah Lego. Ada micro block, Zakka Pet Family Miniature, kerusi2 mereka, dan Lego Ori dan Ciplak. Hiii.

Ini rupa latest. Menggerunkan Mommy nak cuci one by one. Dugaan menentang kemalasan untuk mencuci habuk. Gahh!


Barisan hadapan tu baru je beli baru-baru ni kt Uptown. Murah je. RM4 sekotak. Ada yang jual RM10 untuk 3 kotak. Ikutkan hati, nak aje Mommy borong semua jenis.Tapi, rileks. Nanti tambah lagi. Hiii


Close up sikit.


Frozen ni cute betul. Especially bahagian belakang baju dorang.


Baru Mommy perasan, koleksi Hello Kitty takde sangat. Sebab tak betul2 comel kot. Sebab tu jarang beli. Tapi memandangkan Mommy ialah Otai Minat Hello Kitty, kena juga la beli. Ambil hati diri sendiri. Kihkih


Mommy akhirnya menemui watak siri kegemaran HD & AE iaitu Robocar Poli. Sah2 la bukan ori tu.


Kadang2 kan, ada je yang Lego Tipu yang Mommy beli kat MR DIY. RM1.90 sahaja. Hiii.

Yang tertanya-tanya kenapa Mommy cakap item2 di atas ni travel gadget, ini kerana Mommy guna item2 ini masa travel.

Tapi kadang-kadang tu terlupa juga nak bawak time travel. Faktor umur mungkin. Tihihi

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , , , ,