PART 2 : IHTIFAL : CONCERT & GRADUATION DAY LITTLE CALIPH 2015

Salam

Selepas bertungkus lumus Hannah Damia bersedia untuk perform intro masa concert nanti (baca sini), akhirnya tiba hari concert tersebut.

GRADUATION AND IHTIFAL - LITTLE CALIPH 2015


Bertempat di Dewan Perdana, Keramat Mall, jam 9 pagi, 10 November 2015, kami berada di sana. Pening juga pada mulanya nak mencari dewan ini. Daddy la gigih cari kiri kanan depan belakang atas bawah bangunan tu. Mommy? Jangan harap nak gerak. Hii. Terharu tul dengan Daddy nih. Gigih dan tak malas. Hahaha

Selepas mendaftar, kami diberikan pamplet senarai aturcara majlis. Dalam senarai aturcara majlis, ada 2 acara yang Hannah terlibat. Yang lain-lain kelas untuk anak-anak dari 3 tahun sehingga 6 tahun dan Pra Tahfiz (6 tahun advance). Grand Ihtifal ini melibatkan 2 tadika sahaja iaitu LC Ukay Perdana dan LC Setiawangsa.

Acara pertama yang Hannah terlibat ialah DOA (Little Caliphs & Dunia dan Akhirat) & HAFAZAN (Surah Al Fatihah & Ayat Kursi) by Students Ukay Perdana.

Yang kedua pula, sebagai tukang intro dalam persembahan 5 KG 1 UP - BISMILLAH & DON'T FORGET ALLAH SONG

Memang tak sempat sarapan pun. Mujurlah ada juga sarapan disediakan. Bihun Goreng

Dewan ini agak besar. Meja bulat disediakan untuk parents yang hadir. Tapi, bila persembahan dah mula tu, penuh depan pentas. Hihi

Kat luar, ada dijual bunga konvo dan macam2 lagi. Mommy kau ni.. bukan boleh nampak benda2 camni. Tak sedar diri nanti.

Ternyata, memang la betul Mommy jadi macam tu. Lupa diri. Hahaha. Pandai Daddy pilih. Hello Kitty. Hii.

Perkara yang paling Mommy risau ialah amukan si adik. Sebenarnya, Ariq demam dari malam tadi. Tapi pagi tu nampak macam dah kebah. Harap tak meragam la.

Panas datang semula. Mujurlah tak meragam. Terus tidur sahaja.

PERSEMBAHAN PERTAMA MELIBATKAN HANNAH

DOA (Little Caliphs & Dunia dan Akhirat) & HAFAZAN (Surah Al Fatihah & Ayat Kursi) by Students Ukay Perdana

Nampak Hannah? Ok dah selesai. Hihi

Hannah selalu sangat menyanyi kat rumah. Paling tensen kalau ada 1-2 perkataan yang Mommy tak faham. Contohnya dalam lagu "Solat sebelum disolatkan" ini. Ada satu perkataan yang Hannah sebut iaitu "sekarat". Apa benda lahhhh. Sekali dapat jawapan bila anak2 3 dan 4 tahun perform lagu ini. Ada video kat tepi, siap lirik. Barulah Mommy faham. Nasyid Indon rupanya. Sekarat tu maksudnya mati. Aduhai.

Aturcara majlis diserikan macam2 lagi persembahan melibatkan 2 tadika LC.

PERSEMBAHAN KEDUA MELIBATKAN HANNAH

5 KG 1 UP - BISMILLAH & DON'T FORGET ALLAH SONG

Hannah kena intro dirinya dan bagitau lagu yang akan dinyanyikan.

Video Intro
video

Video penuh
video

Kemain kuat suara anak Mommy.
video


TUKANG INTRO
Mommy risau juga, boleh ke anak Mommy nak cakap depan orang ramai ni. Muka macam cuak, tapi konfiden juga anak Mommy nih.

Selesai sahaja performance, terus Mommy pergi ambil kakak dan hadiahkan beliau bunga konvo. Walaupun belum graduate sepenuhnya. Hiii. Tahniah sayang. Dah setahun kakak belajar bersungguh-sungguh di tadika Little Caliph.

Last performance dari anak2 6 tahun tadika LC ni betul2 menarik perhatian Mommy. Perform Hajj.

Pelajar 6 tahun dan pra tahfiz yang graduate.

Selesai, hannah minta buka tudung. Hahaha. Panas la tu..

Ok ini gambar yang teacher kasi semalam (12 Nov 2015) masa parents-teacher meet. Progress pelajaran hannah superb. Komunikasi pun makin mantap. Alhamdulillah.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , , , , , , ,