TELEKUNG SAFIYA UNTUK KANAK-KANAK - MURAH DAN SELESA | REVIEW

Salam

Sejak Hannah Damia (HD) belajar di Tadika Little Caliph awal tahun 2015, HD dah pandai solat sehingga sekarang. Di sana pelajar-pelajar seawal umur 3 tahun akan diajar cara solat. HD, genap 5 tahun pada 30 September 2015, dan ketika itu baru sebulan di Little Caliph sudah boleh membaca surah2 dari awal solat sehingga tahiyat, sampai setel solat. Siap lengkap doa sampai ke doa untuk ibu bapa. Ibu bapa mana tak terharu lihat dan dengar bacaannya? Mommy pasti, ada yang ikuti perkembangan Hannah dari awal tahun di tadika LC sehingga sekarang. Selalunya Mommy kongsi di Instagram.

Sepanjang dah boleh solat ni, Hannah dah ada 3 telekung comel. Semuanya pemberian orang. Murah rezeki betul HD. Mommy tak sempat pun belikan. Hii. Alhamdulillah. Rezeki orang bagi ni, pahalanya sentiasa berjalan selagi mana diguna dan disimpan pemakai. Inshaa Allah.

Buat ibubapa sekalian, ajarlah anak-anak solat dari muda. Itu kata-kata pengasas Little Caliph ketika Graduation Day Little Caliph baru-baru ini. Ibu bapa boleh amalkan doa seperti di bawah untuk diri dan anak-anak supaya rajin solat.

Baru-baru ini, Mommy ada sedikit kejutan buat Hannah Damia. Bungkusan yang dikirimkan oleh Iem Creation telah selamat diterima oleh Mommy. Tak sabar rasanya nak lihat reaksi HD.

Respon HD bila Mommy suruh buka parcel

"wow.. cantiknya Mommy"

Kemain wow tu. Terus minta dipakai dan nak solat bersama Mommy.

Nak tengok tak telekung Safiya yang comel tu?

TELEKUNG SAFIYA UNTUK KANAK-KANAK - MURAH DAN SELESA | REVIEW



KELEBIHAN TELEKUNG SAFIYA

1. Fabriknya yang sangat selesa dan lembut. Pemakai akan rasa sejuk kerana materialnya Lycra.

2. Tali di kepala diletakkan butang comel. Jangan risau tercabut ke apa sebab jahitannya kemas terletak. Butang hanya hiasan dan tidak perlu dicabut-cabut.

3. Tak perlu memakai anak telekung kerana jahitannya terletak kemas mengikut bentuk muka Hannah. Anak rambut tak terkeluar.

4. Materialnya tidak terlalu tebal atau berat dan tidak juga nipis. Sedang-sedang elok. Tidak jarang pulak tu.

5. Design telekung dan hiasan renda yang comel dan kemas.

PILIHAN WARNA


HARGA MURAH DAN MAMPU MILIK

Mommy perasan, kadang-kadang harga telekung kanak-kanak ni kemain mahal. Tapi tidak untuk Telekung Safiya. Ianya murah dan mampu milik. Kenapa perlu berkira dikala ada kesempatan melihat harga murah dengan kualiti telekungnya yang selesa?

Harga Telekung Safiya mengikut umur. Pilih mengikut golongan umur anak anda.
Harga ini tidak termasuk kos pos.

PERKHIDMATAN LAIN

TEMPAHAN MENJAHIT


PENDUDUK NEGERI SEMBILAN
PENDUDUK KL/SELANGOR/PUTRAJAYA
*Penghantaran melalui pos juga diterima dengan menghantar baju contoh kepada Iem Creation.

TUTORIAL MENJAHIT


KESIMPULAN


Jom ajar anak-anak belajar sembahyang dari kecil lagi. Belikan mereka telekung-telekung comel seperti ini sebagai satu tanda sokongan moral dan memotivasikan mereka untuk belajar beribadah. Jangan lepaskan peluang beli telekung comel, murah dan selesa ini untuk anak anda.

HUBUNGI MEREKA

Mereka boleh dihubungi sepeti di bawah
Selamat beribadah dengan comelnya laaaaaaaa.. Hiii

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , ,