UNPLANNED TRIP : PORT DICKSON DAN MIRAGE HOTEL

Salam

UNPLANNED TRIP : PORT DICKSON DAN MIRAGE HOTEL [PART 1]
Sabtu lepas, 07112015, percutian yang betul-betul tidak dirancang betul-betul. Tetiba je ada ayat keluar "jom ke PD". Pergh.. takkan la nak balik hari?

Daddy cakap, tak mengapa. Bawa je apa-apa baju spare. Kot2 la pergi singgah mandi, kang kena juga baju spare.

Jam 12 tengah hari masih di sekitar rumah, nampak tak? Betul2 macam tak ready ke percutian pun. Hiii. Tapi, bersiap tetap beria juga la. Takde la nak cikai sangat nak pergi jalan-jalan.

UNPLANNED TRIP : PORT DICKSON


Perjalanan memang panas terik. Tiada tanda hujan. Dah seronok sangat masa tu. Moga anak-anak happy dapat main air laut walau sekejap. Mommy terlelap sekejap dek kepanasan tersebut. Mata tak boleh buka la. Jalan pula terussssss aje. Highway kan? Memang terlelap la. Ok. Ok. Alasan. Cakap je la ngantuk. Teruk betul co-pilot ni. Ekekekeke. Sedar-sedar je dah sampai Teluk Kemang. Daddy baik kan? Tak kejut pun co-pilot. Sedar je dah sampai. Tihihihi

Kawasan Teluk Kemang ni memang banyak tempat makan dan kedai2 jual baju murah dan mahal. So, kedai pertama Daddy masuk ialah kedai ini. PD Famous Cendol, Coconut Shake Power RM2. Terjah aje, tapi tahukah anda, coconut shake mereka memang POWER!! Dan Mommy dapat tahu, cendol mereka pun marveles!

Ariq Emir menyarankan anda cuba menu di bawah. Pulut durian kacang jagung aiskrim. Menu apa macam tu? Kihkih.

Tak sempat tukar baju pun, terus pergi main pasir. Sampai basah seluar. Hmm..

Kakak spell n write Mommy & Daddy's name

Daddy macam biasa. Ada je lawak spontan dia.

"Tulun.. Tulun"


Adik dengan kidalnya

Mommy dan Daddy yang tak plan tema baju. Ke Daddy yang tiru Mommy dalam diam ni? hiii

OOTD MOMMY : Long tunics from Poplook

UNPLANNED TRIP : MIRAGE HOTEL


End up, Daddy cakap jom cari tempat rehat. Maksudnya malam kena tidur hotel. Bukan balik hari. Punggah! Baju ngam2 je bawa. Sampaikan pampers dan susu anak pun tak bawa. Haha. Ariq ni minum susu botol malam je. Dah fikir nak balik hari, so tak perlu la bawa. Pampers pun ngam2 untuk 1 hari je la. Aduhai.


Jangan lupa baca part 2 mengenai Hotel Mirage.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , ,