UPSR STRAIGHT A!

Salam

Hari ini, merupakan hari keputusan UPSR 2015 keluar. Ada peningkatan dari tahun lepas. Tahniah buat semua pelajar UPSR 2015.
credit babab.net

UPSR STRAIGHT A!

Terkenang zaman Mommy dulu. Mommy ambil UPSR tahun 1996, di mana tahun tersebut merupakan tahun terakhir 4 matapelajaran UPSR. Tahun 1997 dah ada 5 subjek untuk UPSR.

Bila terbaca suratkhabar hari ini, perihal calon UPSR yang dapat straight A meningkat, Mommy tumpang gembira.

Zaman Mommy dulu, sekolah di kampung, tak banyak kelas. Mommy jadi tumpuan guru-guru untuk score straight A dalam ke empat-empat mata pelajaran. Pernah masa Mommy tahun 4, cikgu panggil ke bilik guru dan uji paper UPSR.

Sejak dari tahun 1, Mommy sentiasa dapat no 1 di dalam kelas dan setiap tahun juga naik ke pentas di Hari Anugerah untuk menerima hadiah pencapaian akademik.

Dan ketika keputusan UPSR diumumkan, Mommy satu-satunya pelajar yang dapat 4 A. Perasaan? Tak dapat nak digambarkan. Senyum tak lekang. Tak sabar-sabar nak balik ke rumah masa tu. Rumah dekat je.

Bila dah sampai rumah, mak dah meluru ke arah Mommy. Peluk-peluk kucup. Sambil menangis.

Aik. Mak dah emosi sangat ni kenapa? Belum cakap apa-apa lagi.

Rupanya, cikgu yang ambil keputusan UPSR berhenti depan rumah Mommy yang pada masa tu Mak ada di depan rumah. Mak dah dapat tau terlebih dahulu sebelum murid-murid lain di sekolah tahu. Termasuk Mommy la. Memang tak tahu apa2 lagi masa tu.

EXPECTATION UPSR

Expectation memang tinggi masa tu. Mujurlah dapat apa yang diimpikan. Dapat tawaran beberapa sekolah dan Mommy memilih SMKAK kat Alor Setar. Kononnya nak berdikari la. Tapi bak kata mak, hujung minggu suruh datang. Bawa makanan, bawa balik baju untuk dibasuh. Kahkahkah.

Tapi bila dah masuk sekolah menengah ni, macam banyak main-main pula. Jadi result PMR dan SPM taklah segah mana. Tapi berjaya la masuk UIA.

EXPECTATION MOMMY TERHADAP ANAK

Sekarang, tiba masa Mommy dan anak-anak. Seperti yang anda sedia maklum, Hannah sekarang dah hampir setahun tadika di Little Caliph. Sepanjang di tadika ini, Mommy letakkan harapan agak tinggi dan kadang-kadang tu Mommy macam tak boleh nak dengar kelemahan. Risau juga dengan habit macam ni. Mujurlah Daddy banyak tenangkan Mommy dan ingatkan Mommy yang Hannah baru sahaja berusia 5 tahun. Janganla letakkan harapan tinggi menggunung.

Dah 2 kali perjumpaan ibu bapa dan guru, result Hannah memang impressive. Komunikasi Hannah makin mantap. Mommy sendiri tak sangka yang Hannah dah boleh komunikasi macam budak-budak lain. Ye la. Hannah pun speech delay. Masa umur 3 tahun baru boleh mula buat 2 ayat. Sekarang? Dah tak larat nak layan dengan setiap apa yang dia cakap. Pot pet pot pet.

Kalau dah mula bersekolah nanti, apakah Mommy akan jadi mak yang inginkan anak sentiasa cemerlang? Apakah Mommy akan bermuram durja jika kecewa dengan setiap keputusan anak? Wallahualam. Mommy berharap, Mommy akan sentiasa berusaha untuk memudahkan hidup anak-anak Mommy.

Do the best wahai anak-anak. Mommy akan cuba kawal diri.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , ,