FORUM POSITIVE PARENTING DI KIDZANIA KUALA LUMPUR [PART 1]


FORUM POSITIVE PARENTING DI KIDZANIA KUALA LUMPUR | 5 Disember 2015 (sabtu) yang lalu, Mommy telah dijemput menghadiri Forum Positive Parenting yang bertempat di Kidzania Kuala Lumpur. Mommy memilih tarikh 5 Disember memandangkan forum ini diadakan selama 2 hari. Walaupun 5 Disember merupakan tarikh Wedding Anniversary Mommy, Mommy terpaksa korbankan 'dating' dengan Daddy pada hari tersebut. Lagipun, Daddy yang suruh join forum ini.

Kami tiba terlalu awal dari masa yang dijadualkan. Jadi, Mommy lepak dulu di IKEA sehingga jam 1215 tengah hari. Masa di Ikea, sempat la makan meatball yang famous tu.

Kemudian, barulah Mommy dan Hannah menapak ke Kidzania.

Pendaftaran dilakukan di Tingkat 2. Masing2 mendapat tag seperti jam ini. Dan kami terus naik ke Tingkat 5.

Selesai pendaftaran jam 1230, pihak Positive Parenting menyuruh Mommy & Hannah enjoy2 dulu sekitar Kidzania. Jadi, marilah melepak dulu sementara forum belum bermula. Mula-mula sekali Hannah perlu cashkan cheque RM50 kat CIMB Bank.

Happy sangat Hannah. Mommy sebenarnya risau sebab pernah sekali Mommy bawa Hannah ke Kidzania dulu, langsung apa pun taknak masuk. Mungkin sebab kecik lagi. Nasib la masa tu tiket free juga macam hari ni. Mommy rasa yang bagi tiket free dulu dari company susu. Dah tak ingat susu apa. Hii

DENTAL CARE

Tempat pertama Hannah masuk 'bekerja' di sini. Enjoy betul Hannah. Ikut je arahan. Faham English rupanya anak Mommy. Hiiii

Tiada bantuan diperlukan ketika memakai uniform doktor gigi ini. Mommy dah berpeluh kat luar. Boleh ke? Boleh ke ni?

Patuh arahan

Happy je Hannah kan?

Lepas selesai jadi dentist, Hannah nak join Bomba. Tapi kena tunggu sampai sejam. Memang tak la kan?

POLICE STATION

Tempat kedua Hannah nak join ialah Police Station. Sementara Forum belum start, boleh la tunggu kejap. Setengah jam juga la beratur tunggu turn.

Memakai uniform polis. So cute!

Berkawad ke crime scene

Bertindak sebagai Jaga

Tapi teruja nak tengok dalam tu jadi apa

Suka sangat Hannah sampai senyum tak boleh berhenti. Hihi

Bersambung Part 2


Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , , , ,