LELAKI INI KAW-KAW DI-TROLL NETIZEN SELEPAS CUBA MENGHENTAM THE STAR ONLINE

LELAKI INI KAW-KAW DI-TROLL NETIZEN SELEPAS CUBA MENGHENTAM THE STAR


Salam. Masa Mommy scroll facebook timeline pagi tadi, Mommy ada ternampak sesuatu yang agak kelakar untuk dibaca.

Kes bermula selepas The Star Online update post mengenai seorang artis bernama Anzalna yang kisahnya hilang berjuta followers di Instagram akibat digoda.. eh digodam. Boleh baca kisah Anzalna tu kat sini kalau teringin. Kihkih.

Salam seorang pembaca mempertikaikan berita tersebut yang mana baginya, The Star perlu lebih peka dalam menyebarkan berita contohnya perihal doktor yang menyediakan servis percuma kepada gelandangan di KL.

Namun, komen tersebut dibalas oleh The Star Online sambil menyatakan berita yang diinginkan pembaca tersebut telah pun ditulis selasa lalu. Soalan pembaca dan jawapan The Star dijadikan troll oleh netizen. Boleh baca dibawah. Memang burn! Huhu

Macam-macam.. Hahaha

Rajin pulak Mommy screenshot. Hii

Antara komen yang paling menusuk ialah The Star memang ada sedutan berita hiburan. Jadi kenapa pertikai berita mereka?

Namun, ada yang sependapat dengan pembaca tersebut yang menyaran The Star menyebarkan berita yang lebih serius.

Hahaha. Macam-macam tau netizen sekarang. Semua berani bersuara. Tak kisahlah di portal apa sekalipun. Selamber badak je memasing. Kihkih

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , ,