TAHNIAH NAD ZAINAL : SAH BERGELAR ISTERI

Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Faliq








Gambar daripada Teddyfilm.co

Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal dan dan juga pilihan hatinya, Muhammad Faliq kerana telah selamat bergelar suami isteri Jumaat lalu. Majlis pernikahan tersebut telah diadakan di Rooftop Hotel Bukit Jelutong, Shah Alam dan dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin bernilai RM 350 dan majlis ini telah diadakan secara tertutup di mana hanya melibatkan ahli keluarga sahaja di Bukit Jelutong.

Manakala majlis persandingan juga diadakan di lokasi yang sama, pada sebelah malam The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, yang mana dihadiri teman rapat, sanak saudara dan rakan media.

“Majlis nikah memang untuk keluarga dan teman terdekat sahaja yang akan hadir sementara majlis sanding pula bagi pihak media yang diundang dan mahu membuat liputan, gambar akan disediakan. Majlis kahwin saya ini memang tak ada protokol”

“Hanya mahu meraikan tetamu yang hadir dan mengharapkan ia akan terpahat sebagai memori indah itu sudah cukup memadai,” memetik kata-kata Nad sebelum ini kepada Berita Harian.

Pasangan berkenaan sudah tujuh tahun berkenalan, namun cinta berputik pada awal tahun ini. Kedua-duanya juga belum terfikir soal menimang cahaya mata dalam masa terdekat tetapi tidak menolak rezeki Allah. Mereka juga belum merancang destinasi untuk berbulan madu.

Mommy : Tahniah. Cun. Siapa yang rasa frust tu, bersabarlah. Retis tak usha anda laaa. Nak sedih kenapa? Bahahah

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: ,