TEKSI PERCUMA UNTUK IBU MENGANDUNG

TEKSI PERCUMA UNTUK IBU MENGANDUNG


Persatuan Pemandu Teksi Makkal Communication Kuala Lumpur menganjurkan kempen Perkhidmatan Teksi Percuma Untuk Bersalin kepada ibu mengandung bagi memudahkan mereka ke hospital.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk P Gunaseelan berkata, program ini adalah salah satu tanggungjawab sosial bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah khususnya wanita bersalin untuk berurusan dengan hospital.
“Program ini dibuat khas bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti mereka yang berada di kawasan PPR, di mana kita tahu ambulans sukar untuk memasuki kawasan tersebut kerana kekurangan tempat letak kereta yang menyebabkan halangan kepada laluan ambulans.
“Melalui kempen ini juga mereka yang memerlukan perkhidmatan teksi ini hanya mengambil masa 20 minit untuk sampai dan ini adalah percuma,” kata Gunaseelan lagi.
Sebagai permulaan sebanyak 50 buah teksi akan terlibat dalam kempen ini dan ia melibatkan penghantaran ke hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang.
Gunaselan berkata, kempen ini juga bagi mengubah persepsi masyarakat yang menganggap pemandu teksi sebagai pembuli dan tidak berlaku adil kepada pengguna.
"Ianya hanya sebilangan kecil pemandu teksi. Jadi melalui kempen ini, ia memperlihatkan bahawa masih ramai lagi pemadu teksi yang baik dan prihatin,' katanya dipetik Malaysiakini
Kempen ini akan bermula pada 2 Januari 2016 di sekitar Kuala Lumpur dan penumpang atau ibu mengandung tersebut perlu mendapatkan pengesahan doktor atau pegawai perubatan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut bagi mengelak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab - sinar harian

Mommy : Wow..

Kempen Perkhidmatan Teksi Percuma Untuk Bersalin :
  1. Membantu ibu mengandung yang susah / berpendapatan rendah dari kawasan yang sukar ambulans masuk (cth : PPR)
  2. Cuma ambil masa 20 minit terus teksi sampai
  3. Percuma
  4. Penghantaran ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang (for me both hosp yang cukup bagus untuk bersalin pun. Mommy bersalin 2x kat Hosp Ampang)
  5. Bermula 2 Januari 2016
  6. Perlukan pengesahan doktor untuk gunakan servis tersebut (takut ada salahguna)
  7. Orang ramai boleh menghubungi Pengerusi Makkal Communication, K. Muthu untuk perkhidmatan teksi percuma di 0126957864 atau Pemandu Teksi K. Kumar di 0102449577.
Kempen yang sangat bagus dan perlu disebarkan! Ye la.. bukan semua orang bernasib baik. Masih ramai di luar sana yang struggle. Moga usaha begini sentiasa ada. Good job!!

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , ,