THE PARENTHOOD : ALAMI SUASANA KOTA LONDON DI MALAYSIA

THE PARENTHOOD : ALAMI SUASANA KOTA LONDON DI MALAYSIA


Hujung minggu yang lalu, Mommy sekeluarga berkesempatan melawat suatu tempat yang amat menarik atas jemputan sebagai blogger, untuk merasai suasana seperti di kota London. Tempat yang dimaksudkan ialah The Parenthood, London Street Family Park Pertama di Malaysia yang terletak di Sunway Putra Mall.

Memang rezeki buat anak Mommy, Ariq Emir yang kebetulan menyambut harijadinya yang ke 3 pada tarikh tersebut (28112015). Mommy dah super duper excited untuk bawa anak2 Mommy kerana The Parenthood merupakan tempat berhibur yang ideal untuk seisi keluarga.

PENGANGKUTAN KE SUNWAY PUTRA MALL


Sunway Putra Mall yang dahulunya dikenali sebagai The Mall terletak berdekatan PWTC. Mommy awal2 lagi sudah merancang untuk ke sana menaiki LRT Rapid KL Ampang Line. Lebih mudah dari menaiki kereta dan tak perlu pening kepala memikirkan tempat parking mahupun kos parking. Hihi.

Anak2 cuma sempat bersarapan roti dan susu kotak. Ariq dengan dunianya sendiri.

Hannah je yang excited nak naik train ni.

Mommy sempat lagi berposing :)

Banyak juga la stesen yang kami tempuh dari stesen Pandan ke stesen PWTC. Sampai juga akhirnya.
Outfit of The Day (OOTD)
Dress : Zefiks Collection
Shawl : Naelofar Babes & Basic
Shoes : Boot
Theme : Smart Casual

THE PARENTHOOD : JELAJAH LONDON STREET FAMILY PARK PERTAMA DI MALAYSIA


Bertempat di Aras 2, Sunway Putra Mall, ianya bukan sukar untuk dicari. Lihat sahaja signage seperti gambar di bawah ini. Tandanya dah sampai la tu. :) Sebelum ke The Parenthood, sempat juga la Mommy pusing-pusing dalam Sunway Putra Mall tu. Jauh berbeza dan sangat menarik berbanding dahulu.

PENDAFTARAN THE PARENTHOOD & MY KINGDOM PLAYGROUND


Sejurus tiba, kami dikehendaki mendaftar dan diberi pelekat The Parenthood untuk masuk. Kemudian, kami terus ke My Kingdom Playground untuk mengambil wristband masing-masing.

My Kingdom Playground

HARGA TIKET


Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam The Parenthood. Tapi untuk masuk ke dalam MY KINGDOM Playground, harga 1 tiket untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas adalah seperti berikut: (1 tiket kanak-kanak = free 1 pass utk guardian. Add on guardian, add RM5 sahaja). Harga di bawah ini harga promo tau. Harga biasa RM35 weekdays, RM45 weekend/public holidays.


ISU KESELAMATAN


Apa yang menariknya ialah, setiap tag/wristband ditanda G (untuk Guardian) manakala untuk anak ditanda C (Child). Sistem tag yang mempunyai kod khas adalah untuk keselamatan. Setiap code tersebut akan disemak terlebih dahulu dengan sistem andai anak kita ditinggalkan di situ. Tak match, memang sorry lah nak bawa keluar. Tapi sebagai Mommy, memang Mommy tak boleh kot nak drop & tinggal je. Mak ni penakut. Hiii

Sempat Hannah berposing depan My Kingdom :) Teruja betul Mommy. Memang rasa macam kat London aje. Takpe, pasang angan-angan dulu.

Pandangan dari luar My Kingdom Playground.

Sementara menunggu event bermula, enjoy dahulu. Anak-anak apa lagi, memang tak sabar2 lah. Mommy lawat sekitar My Kingdom dahulu. Apa yang ada eh??

Slide utama di dalam My Kingdom. Agak tinggi dan menarik sangat. Rasa nak slide sekali.

Tapi Mommy pakai dress. Kang terselak, naya je. Hiii. Tapi, Mommy gayat. Slide pun seram. Lupakan je la niat nak jadi budak. Tihihi

Cuma slide ni kelakar Mommy tengok. Sampai part tengah tu, anak2 akan automatik stop. Mungkin sebab kurang licin kot. Hiii

Ariq ngengsot sendiri. Brother Ngesot. Tihihi

Tengok video ini
video


Daddy macam biasa la. Babysitter yang sangat supportive. Nah duduk sekali main dengan anak2. Hii. Senang hati sikit Mommy nak buat kerja. Hii

Layan video ini juga
video


Dekorasi My Kingdom betul-betul ala-ala istana gitu.

Siap ada Wall Climbing. Hannah taknak panjat. Nanti kakak jatuh. Tu je alasannya. Hahaha. Maafkanlah anak Mommy yang lemah lembut ini.

PERKENALAN DENGAN MOMMYBLOGGERS KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


Saat yang ditunggu-tunggu oleh Mommy ialah berkenalan dengan mommy bloggers yang sebelum ini Mommy cuma berkenalan melalui whatsapp group. Selfie bersama blogger Juju dan Kak Moon serta adiknya.

Masa melepak di situ, rupanya ada 1 kawasan dimana anak2 atau parent boleh enjoy main xbox. Macam ni, Daddy memang suka sangatlah. Daddy kan gamers. Dok aim je. Tapi kompem takde chance melihatkan bebudak je yang conquer. Hiii

Ada 2 set Xbox untuk anak-anak atau penjaga enjoy. Rak untuk letak beg atau barang-barang juga disediakan di bahagian tepi.

Baru perasan bila tengok gambar ni. Tak sempat Mommy nak selfie dengan Kak Nani (mama kembar 3), Kak Hanim (rusukiri) dan Kak Mas. Ini masing2 sibuk mengupdate media sosial masing-masing kot.

Bila Kak Diya Pinky Momma sampai, Mommy dah teruja nak bergambar dengan 2 kembar ni. Dah lama aim dorang ni. Hikhik. Comelness! Dah la behave!! Memang hebat Kak Diya handle 4 hero sorang-sorang. Tabik!! Mommy tak boleh kot PJJ. Huuu

Parent yang bawa stroller, jangan risau. Anda boleh parking di kawasan luar My Kingdom. Rak kasut juga disediakan.

BLOGGERS CONFERENCE


Jam 230 petang, Bloggers Conference start. Kami diminta berkumpul di hadapan. Terlebih dahulu, Mommy nak ucapkan terima kasih buat pihak The Parenthood dan Kelab Blogger Ben Ashaari yang beri peluang Mommy join Bloggers Conference The Parenthood kali ini.

Sebelum event start, sempatlah Mommy berselfie dulu dengan blogger Juju, Rara dan Diya Nadia. Comey2 belaka mak2 ni. Hehehe

Taraaa. Mommy sebenarnya nak sangat tanya, bas tu boleh naik tak?

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Event Director, Mr Kevin.

Seterusnya ucapan daripada CEO The Parenthood, Mr Leroy Lee. Kami diberi penerangan mengenai sejarah penubuhan The Parenthood.

4 TARIKAN UTAMA THE PARENTHOOD


Mengikut taklimat dari CEO The Parenthood, terdapat 4 komponen atau tarikan utama di The Parenthood. Tarikan utama tersebut ialah :

1) EDUCATION & PLAY
2) SHOPPING
3) RELAXATION & LEISURE
4) DINING

Wow. Serba lengkap kan? Semuanya di bawah 'satu bumbung' The Parenthood.

Bloggers dibawa berjalan-jalan di dalam The Parenthood dimana kami diterangkan mengenai 4 komponen utama The Parenthood yang Mommy jelaskan tadi.

Semua ni bloggers & vip guest tau.

SHOPPING


Terdapat lebih 33 mini lot kedai yang menawarkan pelbagai produk dan servis untuk ibu bapa, bayi dan kanak-kanak. Contohnya seperti kedai-kedai di bawah.

Pureen yang menjual barangan bayi.

Kiosk yang menjual alatan mewarna mengikut nombor. Ini memang Mommy tertarik sangat-sangat.

Selalunya, kita lihat sekeping canvas perlu dilakar terlebih dahulu sebelum diwarna. Tapi, produk yang dijual ialah canvas bernombor dimana kita hanya perlu mewarna mengikut nombor. Mudah kan? Macam nak ajar anak-anak mewarna tu, boleh la cuba. Eh.. Adult pun boleh la. Beli ni, kemudian pergi lepak depan laut sambil mewarna. Wah. Kelas gitu.

Grolier, program pembelajaran untuk anak-anak.

CEO yang menjual costume kanak-kanak. Zaman sekarang ni kan macam2 event dianjurkan di sekolah. Kadang-kadang tu parent kena belikan costume. So boleh la beli di sini. Kadang-kadang tu, birthday party pun guna costume juga kan?

Nak jadi princess, kena ada mahkota gitu. Juga dijual di dalam CEO.

Bagi yang minat mewarna, boleh mewarna di sini. Free tau.

Untuk yang minat bercucuk tanam, tapi tiada tanah. Hii. Boleh la shopping tanaman moden di sini. Mommy aim je. Teringin letak atas meja office. Nasib baik takde tema Hello Kitty. Kalau ada, ko ghase?

Ini Mommy suka. Toy shop. Sebab apa? Ada LEGO inside. Huwaaaaaaaaa. Geramnyaaaaa. Kan Mommy memang pengumpul Lego. (baca sini)

ZOOMOO APPS


Uols pernah layan Channel 619, Astro tak? Channel ZooMoo. Mommy pernah layan. Hannah paling suka Gorilla yang pandai buat macam2 bentuk belon tu. Oh ya. Di sini, disediakan 1 tempat khas dimana uols boleh gunakan aplikasi ZooMoo yang anda dah sedia download kat Playstore tu. Kat sini, uols boleh collect Animal Cards. Ikut je arahan yang disediakan. Nak download ZooMoo Apps, klik sini.

DINING


Seperti yang Mommy cerita mengenai 4 komponen utama tadi, selain education & play, serta shopping, The Parenthood juga tak terkecuali menyediakan servis Dining. Eh. Mudah la kan? Lapar, keluar makan dulu. Tak perlu jalan jauh2. Dalam tu jugak. Kan Mommy ada cerita tadi, asalkan tag My Kingdom tu tak hilang, kita boleh keluar masuk berkali-kali. Taknak makan sini pun takpe. Keluar dahulu, nak balik rumah makan dan mandi, nanti datang semula. Eh. Mudah betul! Ini yang kita nak. Tak rugi. Hii. Overnya imaginasi Mommy.

Kalau makan di Lillipilli ni, uols nak tau apa yang bestnya? Makanan yang disediakan memang pelbagai tau. Bukan yang jenis express macam sandwich tu aje, even Nasi Lemak pun ada.

Lagi satu, ini. Sambil makan, anda boleh tonton CCTV yang terletak di bahagian luar Party Room. Segala aksi anak-anak di dalam My Kingdom dapat dilihat melalui CCTV ini.

GAMERS


Untuk gamers, macam2 dijual di sini. Daddy tu mula la usha PSP la, apa lagi entah situ. Mommy lari laju2 takut dia pujuk nak beli. Hiii. Hebatkan kaedah 'pujukan' The Parenthood ini? Tayang segala-gala di satu tempat. Pasti tertarik. Huhu

Ada lagi yang Mommy macam tertarik. Ini dia. Sticker dan name card yang sah-sah uols boleh tempah dan dengan laju-lajunya siap di hari yang sama. Hmm. Terfikir juga Mommy. Nak buat ke tak name card masa tu. Last2 terlupa sebab seronok sangat dok enjoy tempat lain. Hiii.

Murah kan??

Nak beli cotton mask dan barang-barang cenderahati bertema London, boleh beli kat sini.

Contohnya payung yang Mommy pegang kat bawah ni.

Oh ya.. Jangan lupa berselfie/bergambar di sini sambil menikmati perasaan berada di Kota London ya. Angan-angan mana tahu jadi kenyataan.

Nah semua pakat bergambar. Hai mommybloggers! Juju, Rara, K.Hanim, Faz, K.Mas, Allene & Kak Nani. Credit foto : Rara

Mommy difahamkan bilik ini dikhaskan untuk ATM machines.Wah.. lagi mudah la nak shopping kan?

Sambung lagi jalan-jalan.

Pengumpul sylvanian families, ini syurga untuk anda.

RELAXATION & LEISURE


Kemudahan lain yang disediakan untuk parent antaranya ialah gym. Letak je anak main2 kat My Kingdom Playground (ada staff yang tolong jagakan), parent boleh ke gym ini.

Atau berdandan gitu. Ada salon. Siap percuma untuk anak2 andai kita gunakan servis salon ini.

Spa pun ada tau. Boleh tengok sini.

PARTY ROOM


Sedikit jamuan khas untuk bloggers disediakan di Party Room. Keluasan Party Room boleh menempatkan sehingga 40 kanak-kanak. Party Room ini juga dijadikan kelas untuk aktiviti2 pembelajaran.

Antara makanan yang sempat Mommy makan. Actually 1 je sempat Mommy makan. Yang 2 lagi tu Mommy bagi kat blogger Momma Allene. Tak sempat nak ambil sebab habis.

Selesai tour tersebut, Mommy masuk semula ke My Kingdom Playground. Di sini uniknya My Kingdom Playground. Kita masuk dan keluar banyak kali pun ok. Asalkan tag tangan tu tak hilang. Oh ya.. Jangan lupa pakai stokin ya. Hygiene purpose.

Jom sambung main.


Sempat snap gambar anak blogger Juju

Adik, enjoy la puas2 sempena 3rd birthday adik ye.

Happy 3rd Birthday sayang.

Anak blogger Diya Nadia, Pinky Mommy. Si Angah.

Juga si kembar, bangcik.

Mommy take over job Daddy sebab Daddy nak solat. Erm. Kata Daddy, surau boleh tahan jauh jugak la kena jalan.

Sticker yang Mommy pakai dari mula masuk tadi The Parenthood.

Jam 430 petang, Ariq dah meragam. Lapar dan juga mengantuk. So, kami beransur dahulu. Sebelum keluar, pihak My Kingdom akan periksa code di tag. Matching sistem, baru boleh keluar. Fuhh. Mujur juga la Hannah termakan umpan Mommy. Mommy bagi alasan nak pergi makan. Baru dia nak keluar. Tak puas main tu. Hiii

So, mommy take over jadi tour guide untuk Daddy pula lepas tu. Sempat lah Daddy bergambar.

Juga Hannah.

Eh Daddy lagi. Hii. Mommy yang tak kasi senyum. Hii

Kami bertiga.

Ariq mana? Mana Ariq?

Dunia beliau la. Takde mood dah tu. Ngantuk dan lapar.

Hannah taknak balik lagi. Tak habis2 nak naik bas katanya.

Tapi, Daddy jenguk dalam bas, masih banyak lagi barang dalam tu. Mungkin nanti boleh naik. Atau hiasan sahaja?

GRAND OPENING THE PARENTHOOD


Untuk anda yang tercari2 tempat untuk beriadah seisi keluarga, Mommy sarankan ke sini. Mommy jamin, pasti anak-anak anda suka. Tapi Mommy tak jamin ye kalau anak-anak taknak balik. Sebab seronok sangat. Mommy sendiri pun terpaksa pujuk dengan pelbagai alasan sebelum dapat keluar. Hihi.

Esok, 5 Disember 2015, jangan lupa ke Grand Opening Sale di The Parenthood. Banyak tawaran menanti anda. Have fun!

Untuk info lebih lanjut, boleh lawati:

Facebook : The Parenthood
Facebook : My Kingdom
Website : The Parenthood
Alamat : Aras 2, Sunway Putra Mall, No 100, Jalan Putra Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur
Masa operasi : 10:00 am - 10:00 pm (Setiap hari)

Labels: , , , , , , , , , , , , ,