BAS SMART SELANGOR - BAS PERCUMA DI AMPANG DAN KAJANG

Ketinggalan sungguh Mommy bila dapat tahu yang baru-baru ni Bas Smart Selangor dilancarkan di Ukay Perdana. Ish Ish.. Dekat je dengan rumah. Patutla penuh iklan dan nampak bas ni setiap hari. Hihi. Rupanya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah pun menjadi kawasan kelima yang menyediakan perkhidmatan bas percuma "Smart Selangor" ini. Kawasan Kajang pun dah ada tau.

Jadi tujuan bas ini ialah untuk menggalakkan warga Ampang Jaya menukar cara pengangkutan daripada menggunakan kereta persendirian kepada pengangkutan Bas Smart Selangor. Wuhuu. Macam nak cuba je!

BAS SMART SELANGOR - BAS PERCUMA DI AMPANG DAN KAJANG


Perkhidmatan bas percuma oleh Kerajaan Negeri ini telah dilancarkan tahun lalu iaitu pada 1 Julai 2015, yang cuma membabitkan 11 buah bas. Ia beroperasi di tiga kawasan pentadbiran iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

MASA OPERASI

Semua Bas Smart Selangor beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari dengan kapasiti 60 penumpang dilengkapi kemudahan WiFi, sistem kamera litar tertutup dan mesra golongan orang kelainan upaya (OKU).

LALUAN UKAY PERDANA

LALUAN KAJANG


Menurut sumber yang Mommy baca, tempoh perjanjian adalah selama setahun. Perjanjian ini disemak dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian perkhidmatan bas ini. Inisiatif perkhidmatan bas percuma itu bakal diperluaskan ke kawasan luar bandar seperti Selayang ke Kuala Kubu Baru, Kuala Selangor ke Sabak Bernam, daerah Kuala Langat dan Sepang sehingga akhir tahun ini.

Good initiative Selangor! I love Selangor!!

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels: , , ,