LOKASI TEAM BUILDING DAN FAMILY DAY DI AGROFARMSTAY @ SKILL TECH MELAKA | RECOMMENDED

LOKASI TEAM BUILDING DAN FAMILY DAY DI AGROFARMSTAY @ SKILL TECH MELAKA | RECOMMENDED


Kalau anda tercari-cari lokasi sesuai untuk adakan team building atau family day activities, Mommy sarankan anda cuba di Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech di Durian Tunggal, Melaka ini.

Kenapa? Biar Mommy tunjukkan sebab-sebab anda perlu memilih tempat ini.

PELBAGAI PILIHAN JENIS BILIK MENGIKUT BAJET PENGUNJUNG


Resort ini menyediakan pelbagai jenis tempat penginapan seperti Challet 10 bedded, D'Lodge 6 bedded, Garden View 8 bedded, River View 6 bedded, River View 2 bedded, dan yang paling besar ialah Villa 14 bedded. Sangat sesuai untuk buat Family Day secara besar-besaran di sini.

Contoh-contoh penginapan yang Mommy tengok sepanjang Mommy menginap di sini.


Untuk pengetahuan anda, di hadapan villa ini terdapat 1 padang yang agak luas untuk dijadikan kawasan beraktiviti seperti sukaneka, berzumba, aerobik dan sebagainya. Seperti Mommy baru2 ini, kami adakan zumba di kawasan ini.


Cun ke tidak? Belum tengok dalam lagi tu!

HARGA BILIK


Harga bilik bergantung kepada jenis yang dipilih. Mommy difahamkan harga penginapan tidak terlalu mahal jika dibandingkan di tempat lain. Jadi, pilih penginapan mengikut bajet anda. Harga boleh rujuk di sini.

Ini bilik yang Mommy stay iaitu di D'Lodge 6 bedded.

Pandangan luar

Pandangan dalam

Haa. Bilik Mommy tu, ada 4 katil bujang, 1 katil queen, 2 bilik air. Boleh la nak main aci sembunyi atau kejar mengejar di dalam tu. Hihi.

D'Lodge ini bersebelahan rumah kasut atau bilik karaoke ini. Bilik karaoke ini kalau nak guna, ia boleh ditempah mengikut jam.

Kenapa awak comel sangat wahai kasut?

Pandangan dalam bilik karaoke (sumber gambar)

KAWASAN RIADAH YANG MENARIK


Agrofarmstay ini juga menyediakan kemudahan riadah antaranya seperti kolam renang, bilik karaoke, pet farm, BBQ pit dan berkayak. Pihak Agrofarm ada menyediakan instruktor untuk aktiviti-aktiviti dalam teambuilding ini seperti dalam aktiviti berkayak, water confidence dan jungle tracking.

KOLAM RENANG

Kolam renang yang disediakan sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Cucian dilakukan setiap hari oleh pihak Agrofarm.

PET FARM

Bagi pencinta binatang, di sini juga terdapat Pet Farm untuk dilawati. Mommy ada lepak sekejap melawat 'Bujang', seekor kuda di situ. Mommy mampu selfie macam ni je sebab kuda ni agak garang. Jangan memain.
Kuda ini suka makan daun pokok. Huu

Ada kandang kambing.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI DALAM AGROSTAY


BILIK MEETING/SEMINAR

Bilik seminar ini boleh memuatkan hampir 20 hingga 40 orang setiap masa.


Bilik mesyuarat di bawah ini boleh memuatkan seramai 12 orang dan ia dilengkapi papan putih beserta projector untuk kemudahan bermesyuarat.


Dewan seminar ini dilengkapi penghawa dingin beserta sistem PA, mikrofon, projektor, carta flip dan papan putih. Sesuai untuk sebarang aktiviti. (photo dewan seminar by Ben Ashaari)


DEWAN MAKAN

Kawasan dewan makan yang agak terpinggir jauh ni seperti memberikan satu ketenangan. Dah la berhadapan pula dengan 'rumah warna warni' yang Mommy tunjukkan mula2 sekali. Indah saujana mata memandang gitu.

Makanan yang disediakan pun Mommy puas hati. Sedap!

SURAU TERAPUNG

Surau Teratai atau surau terapung ini boleh digunakan sebagai tempat beribadah beramai-ramai atau mengadakan ceramah. Kemudahan termasuk sistem PA, mikrofon, sejadah dan Al -Quran. Surau adalah untuk kegunaan orang Islam sahaja.


MAJLIS PERKAHWINAN


Anda juga boleh memilih resort ini sebagai tempat untuk diadakan majlis perkahwinan. Kos sewaan tempat perlulah diajukan kepada pihak pengurusan sendiri.

PERASAAN MOMMY

Sepanjang 2 hari 1 malam tinggal di sini, apa yang Mommy rasa ialah ketenangan. Bagus juga coverage line telefon tidak terlalu bagus, jadi privasi bersama keluarga tu lebih bermakna. Wifi memang disediakan, tapi tidak terlalu kuat. Tindakan yang agak bijak jika memerlukan ketenangan tanpa gangguan 'media sosial' sedia ada. Itu pendapat Mommy la. Kalau tak, asyik nak scroll dan scroll dan scroll aje telefon tu. Kan? Kawasan yang memang bersih, susah Mommy nak jumpa sebutir sampah pun, tanda kecekapan pihak Agrofarm. Cuma 1 komen Mommy, toilet di dalam bilik agak kuat bunyinya ketika flush. Anak2 Mommy terkejut jaga tapi lepas tu sambung balik tidur. Small matter for me. Lagi satu, ketika Mommy di sini sejak 2 hingga 3 Januari 2016 yang lalu, lalat agak banyak. Mungkin musimnya. Jangan expect kesempurnaan di segala sudut ye kawan2. Just enjoy the moment, u takkan stress. Bagi Mommy lagi, kalau nak adakan percutian kat sini lagi, Mommy takkan menolak peluang tersebut. Enjoy!!

PERTANYAAN/TEMPAHAN


Hubungi:
Encik Bari (Pengurus) - 012-2118246


ALAMAT

Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 76100, Durian Tunggal, Melaka

WEBSITE

www.agrofarmstay.my

MEDIA SOSIAL

FACEBOOK - https://www.facebook.com/agrofarmstay/
INSTAGRAM - https://instagram.com/agrofarmstay/

Find me on Instagram

Labels: , , , , ,