HAPPY 1ST BIRTHDAY ARIQ EMIR BIN HARIS ANUAR

Assalamualaikum

Alhamdulillah Ya Allah

idea: Mommy
designed by my bff Mimi. tq dear.
(design ni untuk our baju)

yeay..yeay..
Allah Selamatkan Kamu

Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Ariq Emir
Allah Selamatkan Kamu

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama!
Yeah!
Happy Birthday To You Adik!
28Nov2012/2013

Tapi sejak 20hb Nov hari tu, adik AE kita demam la pulak.. Amboi.. sambut birthday dalam keadaan x sihat ye? Nak tumbuh gigi ke? Nak jalan ke? Nak cakap ke? Apa sekalipun, Mommy doa moga adik AE cepat sihat..
cayang ucuk Mommy..

Adik AE dilahirkan pada 28 Nov 2012 pada pukul 7.02pm. Kisah adik AE ada Mommy cerita KAT SINI.
Boleh teka mana satu kakak? Mana satu adik??

Lahirkan adik AE memang mudah sangat. Even masa mengandungkan adik pn xde masalah apa2. Syukur Allah.. Rezeki Mommy lah kan? Cuma, adik tau x, Mommy jadi pemalas amat sejak mengandungkan adik. Hehehehe.. Kerja rumah kebanyakannya Daddy buat. Dapo lagi la Mommy x masuk. Memang menjadi2 sangat la malasnya. Orang kata, pembawakan anak lelaki. Hahahaha.. 
Alasan sangat la kan Mommy? Hahahah.. Cakap je memang Mommy malas pn. Kikiki. Nasib la Daddy adik tu sporting dan ringan tulang tau adik?? Adik kena say thank u on behalf Mommy tau nanti. Hikhik. 

Senyuman adik tu dah buat Daddy say "no prob la adik. my pleasure" kata Daddy. kihkih 

Adik sekarang dah punya 4 batang gigi. Kuasa gigi adik tu memang bikin Mommy nangis tau.. T_T. Gigitan tu buat Mommy merana seminggu (2 minggu lebih laaa) terpaksa tahan sakit (smpai luka). Hohohoh.. Fyi, adik ni masih bf. So, Mommy paham amat la kenapa adik gigit. Gatal gusi sampai Mommy kena picit hidung adik tau.. Grrrrr
Adik dah pandai jalan sket2. Tapi, belum jalan betul2 la. Kena pegang sesuatu baru nak jalan. Hehehe..
Adik dah pandai makan benda keras2 walaupun Mommy dok gigih bagi bubur setiap hari. Apa la Mommy. x yakin. Mommy takut terlekat la dik..
Adik dah pandai 'bebai'. Hahahah. Cepat tul marah kalau orang usik dia.
Adik dah pandai hayati tv & tab. But this time, Mommy xkan biar lagi macam kakak dulu. Apa pun kena limit.
Cuma.. adik ni pendiam. Hikhik.. Senyuman je lebih. Bunyi dak pun. Haduuuu.. Kenapa x bising? "kang bising, Mommy lak marah". Hahaha

Ini hadiah Mommy, Daddy & kakak untuk adik..


Gigih kan 2 beradik ni tolong pasang??

Vroom Vroom.. Bunyi start motor macam betul je. Hahaha. As long as u love it la adik.. Nak naik kereta & beskal, adik leh pinjam kakak punya. Sharing is caring kan? kihkih
Adik teruja..

Lepas testing riding, kita walking lak..

Tolak..tolak..

Sampaiiii..

Kakak nak jugak la dik. tepiii..

Nampak kakak nanesss?? Naik x puas tu.. "Nah la kakak..Adik main masak2" (adik mengalah).

Tapi kakak nanes kejap je la. Pastu ok dah. Biasa la benda baru. Nak jugak dia pun. Ala.. Mommy dah beli toys kat kakak jugak la.. Cuma nak beli motor cenggini jugak memang x perlu la utk kakak.. Kakak besar dah.. Nanti tunggu Daddy beli superbike yg betul2 punya. Hihi..

*******

Mommy kadang2 x alert apa habit adik. But then Daddy yang selalu ingatkan Mommy habit adik. We both diskus & list out. Antaranya:

-bunyi "ngeh" macam Pou k!! (Pou tu virtual pet game kt android)
-1st word dia ialah "kak..kak..kak". Mommy Daddy memang idok ler.. sob sob
-amat manjaaaaaaaaaa
-suka nangis manjaaaaaaa.. ehek..ehek.. geram tau dik!
-agaknya manja sebab dia menyusu badan kot
-terlebey2 suka dipeluk.
-pantang digeletek belakang badan
-cukup pantas curi spek daddy time daddy dukung dia. hahahaha
-pantang dengar pintu toilet tutup. dan2 dia nak p jenguk sapa masuk. walhal mommy ada je kat dapo time tu. riso orang tinggal dia la tuh..
-daddy kata adik tdo buas..hehehe
-adik suka sangat masuk dapur. kakak dulu x de pn nak masuk. aiyakk
-suka punggah pinggan atau apa2 bekas kt rak di dapur tu. nasib baik bukan kaca.
-kdg2, tong sampah pn dia p amek angkat. gagah k.
-suka curi2 hisap botol kakak
-suka tuang2 botol susu kakak
-suka garu2 telinga & kepala (ni sbb kdg2 alergi)
- tengok kipas. ini memang habit dari lahir.. suka amat dengan kipas. pegi la mana pun.
-merangkak pelik skit memula dlu. sebelah kiri elok je kt bawah. sebelah kanan lutut terangkat. hahaha.. bila dah merangkak normal skrg, x la rasa pelik sgt. cuma once dia buat lg (sebelah terangkat), tu tandanya nk stop merangkak & duduk. hahaha
-makan non stop. marah k kalau lambat. syukur. adik nih memang makan masakan homemade je.. air tangan Mommy (ni page Homemade Food for HDAE). syukur amat sebab adik x pernah reject so far. kecuali tarikh 23.11.2013, satu2nya tarikh beliau reject makan 1 hari suntuk. rupanya sebab tonsil bengkak. Esok tu dah mula makan semula.. hukhuk
-pandai main dengan kakak.
-usha dari jauh je kalau kakak tengok tab. kakak pun dah mau sharing dh.. kalau dlu, ssh sket.. wpon kakak x pernah berkasar dgn adik.
-setahun dah breastfeed sepenuhnya
-air masak x suka sangat
-penakut masa mandi.. cepat2 pusing nak peluk Mommy kalau Mommy jirus air.
-mandi kat bathtub sampai umur 7 bulan je. lepas tu mandi berdiri cam biasa.
-mandi air sejuk dari pantang lagi
-prefer Mommy pakai Boba dari letak beliau kt stroller
-both anak Mommy dari kecik memang xdak masalah nak bawak p mana pun. senang jaga

Itu yang Mommy & Daddy ingat so far. Huk huk

*****
Plan asalnya Mommy nak buat birthday Party untuk adik AE. Tapi, terpaksa cancel sebab ramai xle datang. Kita sambut 'kita-kita' je la dik ye.. Gigih Mommy buat research utk DIY Party mcm untuk 2nd Birthday kakak HD dlu. Tema adik Cars.. Xpe la.. Kita tunggu tahun depan.

*************

Adik,
Pinta Mommy Daddy x banyak sayang.
Jadilah anak yang soleh.
Yang dapat jaga diri, jaga agama & jaga keluarga.
Hidup kerana Allah.
Ibadah kepada Allah.
Hormat orang sekeliling. Baik muda mahupun tua.
Be a good boy!
Be a smart boy!
Last but not least, selesakan hati semua dengan akhlak mulia ya dik.
Insya Allah.
Doa Mommy sentiasa untuk keluarga kita.
Mommy doa moga adik sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu..
Amin.

sob sob..
adik dah besar dah!!
(mommy nak nanesss)

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , ,