HANNAH DAMIA DEMAM!

Umur HD now dah hampir 2 tahun dah. End of this month la.. 30 September nih. Berharap sangat beliau xdemam time birthday dia tu. Sebab dah macam2 jadual sudah diatur. Huuuuu

Semalam, Mommy MC sebab beliau demam panas gegiler. Tahap 40.3.. Ha.. Jenuh! Memang tinggi sangat tu.. Hari Isnin tu, lepas maghrib, dia dh start dedar dah. Mommy x kasi pakai baju. So, togel lah dia malam tu..

Aksi HD dapat mainan baru malam nak start demam tu..


Maintain nak main. Tapi, kul 3 pagi, Mommy terasa lain macam. Asal asik macam gigil2 je HD nih. Check suhu, alamak.. 39 degree??!! Marah bila Mommy masukkan Voren kt montot beliau & letak cool fever kt belakang badan (*tips demam). Agak lama, barulah Mommy tuka tempat cool fever tu. Kat dahi. Nasib dia ok. Sebab marah sgt sejuk kt blkg kot. Hehehe

Mommy plak.. Dah la kebetulan tgh sakit tekak gegiler. Rasa mmg nak demam jugak nih! Ayayai.. mampukah Mommy jaga HD. X sanggup hantar HD ke nursery kalau camni punya panas. Jangkaan Mommy memang tepat. HD bukan sekadar demam malam saje. Menten panas sampai siang hari.. Aduhaiiii. Mommy pn kena MC gak..

Lepas mandi, gigil2. Masuk jap dalam bilik. Beliau sendiri tarik selimut. Sejuk sangat la tu.. Mommy cuma pakaikan baju yang agak singkat & nipis (*tips demam).


Mata layu nih sebenarnya tengah panas sangat plus dok layan KPOP & Boboiboy kat tab. Mommy x kasi dia pegang sebab x larat sangat kan?? Kejap je zzZZZzzzZZZ.


Terus Mommy togelkan beliau tinggal pampers je (*tips demam).. Kang haba x kua plak tdo berbaju nih..


Bangun dari tdo, suhu badan masih lagi naik turun dari 39-40. Main2 lak suhu nih pun. Nasib dia mau orang pakaikan cool fever kat dahi. Keadaan luar rumah yang macam ribut & hujan lebat tu, x sanggup plak rasanya nak kasi dia togel je. So, pakai balik baju. But still, dalam dia dok main tu pn, Mommy x henti jeram kepala kasi itu heat keluar!! (*tips demam)


Jap je main pn. Masih lemah. Then, tdo balik. Petang memang menduga. Takut sangat. Sebab suhu dia masih 39+. Tunggu Daddy balik keja untuk ke klinik. 8 malam baru pegi.

Tido malam, cuma di ruang tamu (*tips demam). Sebabnya mudah, untuk elak haba yang berkeliaran dalam bilik tido yang x berapa luas tu, plus, campuran haba badan Daddy & Mommy yang boleh meningkatkan lagi haba dalam badan HD. So, ruang tamu is the best. (*tips demam).

Syukur kul 4 pagi masa terjaga tu, ajak HD makan ubat. Redha je beliau menelan. Mommy xnak letak Voren sgt sbb x elok kerap. Unless, kalau dah 40 tu, no choice la. By 39 pn dh bleh sumbat sbb takut terkena 'tarik/sawan' kan? (*tips demam)
Nyenyak beliau tido. Kurang jugak la rengekan kalau compare siang hari tu.

Hantar pegi Nursery td pn, xde prob. Lega. Harap badan dia menten hari nih. Xmo demam2 lagi..

Antara faktor demam (agaknya laaaaa):
1) Beralih bulan (nak masuk 2 tahun)
2) Cuaca memang x elok sangat
3) Demam nak dapat adik x lama lagi

Doakan HD sihat ya kawan2.. Tq..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Labels: , , , , , , ,